December 25, 2010

Istimewanya si kecil ini :')



Puteri cepat say hye !....'HELLO!' -_-'

Sedikit sebanyak aku nak cerita perihal adik aku sorang ni. Dia semakin gemuk dan gemok. ehh silap, silap. Dia semakin comel dan comel. Kadang-kadang budak ni membuatkan aku geram dan bengang. Ye lah, budak kecik ada mood jugak. kadang-kadang nakal sangat. Lagi-lagi kalau keluar jalan-jalan. dia memang tak nak dipegang. bila orang pegang, dia menggunakan kuasa giginya *seperti gambar di atas untuk gigit tangan aku atau sapa-sapa je yg pegang dia. grrr!

Bila mood dia okay. boleh laa aku peluk cium sakat geletek dan sebagainya. kadang-kadang mama marah. sebab bising kann. aku tak pernah brjauhan dgn family dalam masa yang panjang. nanti manalah tahu, aku dapat sambung belajar nun jauh disana,mesti aku rindu kat puteri. *tsk tsk :'( sebak pulak rasanya. Mungkin nanti, aku akan call mama untuk cakap dgn dia lalu air mata mengalir tanpa terpaksa dan dipaksa.

Puteri dah pandai tulis ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ dan melukis dalam usia yang agak muda iaitu 3 tahun. aku berasa bangga dgn dia. hopefully dia akan berjaya bila dah besar nanti. Puteri jugak pandai menyanyi. family aku memang layan idola kecil. sabtu malam pada jam 9 semua dah terpacak kat depan tv tuh. sama lah macam hari ni. ada final idola kecil 3. Puteri kata tahun depan dia nak masuk idola kecil. hehe! dia sangat berbakat. Puteri jugak pandai mengaji. antara surah yg dia pandai baca adalah surah al-fatihah,surah al-ikhlas dan surah al-kafirun. tp tidak lah begitu bertajwid. dan masih boleh diterima. sekali lagi aku bangga dengan dia.*promote adik nampak?! tak lah hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang insan yang bernama PUTERI ELYANA. *ayat skema sangat -__-