August 30, 2011

Eid Ul-Fitr

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat semua.

Dikesempatan ini, saya farida amira binti zaharudin sebagai owner blog fyda deon ingin memberi sedikit ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua.

Kepada family tercinta, Selamat hari raya mama abah abang kakak adik sepupu sepapat pakcik makcik atok dan nenek. Maaf kan semua kesalahan kita ye dan halal makan minum. Raya nanti boleh salam :)

Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, saya nak ucapkan salam lebaran kepada awak semua. Ampun dan maaf dipinta sekira ada salah silap atau saya ada menyinggung perasaan awak awak dan awak secara tidak sengaja mahupun sengaja. Saya hanya insan biasa. :')

Kepada kawan-kawan facebook yang tak pernah jumpa. mungkin ada yang terasa dengan mana-mana status updated saya. maaf ya. *rasanya aku update semua baik-baik :P

Kepada followers dan readers BLOG FYDA DEON, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah support blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kerana support BLOG FYDA DEON di facebook fanpage. Korang memang best. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. ;D


Much Love Fyda Deon.

August 28, 2011

Awesome :)

Assalamualaikum.

Memandangkan macam ramai je minat nak belajar macam mana nak buat hand made rose ni,  so insyaAllah lepas raya aku buat satu entry tutorial macam mana nak buat hand made rose ni okay. Ilmu dikongsikan tak jadi masalah lah. Sama sama kita belajar dan mengajar.
=)




Lepas buat nanti, boipren boleh bagi dekat girlpren dan girlpren boleh bagi dekat boipren.
Hasil kerja sendiri pasti lebih dihargai. awww romantik XD

Much Love Fyda Deon.
Siapa lagi yang teringin nak belajar buat rose ni boleh laa like ;D

6 Awesome Blogs That i Often Visit

Assalamualaikum wahai pembaca blog fyda deon yang cantik dan kacak sekali. hikhik XD

Sempena sambuatan BLOG DAY oleh nuffnang, semua nuffnanggers/bloggers digalakkan untuk take part dalam BLOG DAY 2011 ni. Here’s how you can be a part of Blog Day 2011.

YEAHH! Aku juga mahu join. Setelah aku rajin blogging sejak dua menjak ni, aku ada jumpa beberapa blog yang awesome dan menarik perhatian aku. Antara 6 blog yang awesome dan aku nak share dekat korang semua ialah :

Siapa tak kenal nisa kay kan. Aku minat blog ni sebab environment blog ni membuatkan aku minat nak membaca. Blog ni tak crowded sangat. Senang nak baca. Nisa pun aktif dengan blogger2 lain. Macam keluar ramai-ramai. berbuka ramai2 dll. Bila nak baca blog ni tak boleh laa tulisan sepenuhnya. nisa pun ada letak gambar2 y berkenaan dgn taju entry.

Blog cik tempe ni pun okay. Not bad laa. Aku pun baru-baru lagi dgn blog cik tempe ni. Yang membuat aku tertarik dengan blog ni kerana nama blog ni yang comel. Dia comel di gelar cik tempe. Follower pun okay laa 1600++. Ha! lagi satu cik tempe ni pun pandai design doodles yang cute miut. Aku suka tengok doodles cik tempe yang bergerak-gerak tu. Ada cerita disebalik doodles :)

Blog muka surat sulit naz, aku dah baca agak lama laa. Aku sukat blog naz sebab tulisan dia sangat berbeza dan unik daripada bloggers lain. Dia punya entry pun banyak yang boleh kongsi ramai-ramai ambil iktibar. Lelaki Sulit Naz punya keuinikan tersendiri.

Blog kerana manisnya epal, tuan blog digelar cik dil. Nisa kay pun ada review blog cik dil ni.  Aku review blog cik dil bukan sebab nak dapat doodles free macam nisa kay. tapi kalau cik dil nak bagi juga apa salahnya. hikhik XD mengendeng pulakk. Aku minat baca blog cik dil ni sebab cik dil pandai buat doodles muslimah yang cantik2. macam doodles hari raya tu pun awesome. Lagi satu sebab blog cik dil boleh letak iklan free dan aku selalu letak blog aku dekat iklan tu. Followers pun ramai dalm 3600++. =)

Aku suka baca FikrahIslam.com sebab artikle-artikle yang ada sangat boleh di kongsi bersama. Kreativiti penulis sangat tertarik hati ini untuk membaca artikle si penulis. Siapa-siapa yang rasa nak kongsi karya & artikel msing-masing pun boleh share dekat sini. :)

Irine Nadia Mercello. Siapa yang tak kenal kan. Gadis yang mempunyai asek dua batang gigi arnab. hehee. Aku suka baca blog irine sebab suka baca kisah kisah dia. Lagi lagi dia dah pun bertunang bertambah-tambah cantik. Blog dia pun sangat cantik tapi pelik kenapa dia taknak tukar kepada wordpress :)

Okay lah 6 blog ni sangat awesome. Korang boleh lah singgah 6 blog ni untuk kenali mereka lebih dalam lagi. Okay dokay XD


Much Love Fyda Deon :)

August 27, 2011

#Why are you doing this 30 day challenge?

Hi, Assalamualaikum semua. tsk tsk :'(
Sedih pulak sebab hari ni dah hari yang ke 30 untuk #cabaran 30 hari tu. Kira hari ni hari yang terakhir lah. Persoalannya adakah aku akan active update seperti selalu? atau pun aku akan update seminggu sekali? Jawpannya, insyaAllah, aku akan usahakan untuk update sehari sekali atau dua kali atau 3 kali atau mungkin lebih. hikhik. macam rajin pulak fyda deon ni. XD

Why are you doing this 30 day challenge?

Kenapa? Kenapa aku rajin sangat buat #cabaran 30 hari ni? Antara sebabnya ialah korang boleh laa bandingkan se-active mana aku sebelum aku buat #cabaran 30 hari ni dengan semasa aku buat #cabaran 30 hari ni. Ha! Sejak aku join #cabaran 30 hari ni, aku rasa blog aku ni semakin active dan aku dapat beri peluang untuk rakan blogger mahu pun rakan facebook untuk request title untuk entry #cabaan 30 hari tu. Aku juga dapat share macam macam dalam senarai list #cabaran 30 hari tu.

Sementara aku free ni, baik aku activekan diri aku dalam alam blogging ni. Bila dah blogwalking macam-macam jenis blog dah aku jumpa. Ada yang banyak info, ada yang cute2 pandai buat doodles dan aku juga rajin join contest. menang kalah tu belakang kira. lalala.

Bila dah ada perkataan 'cabaran', mesti lah aku akan rasa tercabar. betul tak? So sebab rasa tercabar lah membuatkan aku ingin buat #cabaran 30 hari tu.

Memang lah ada time-time yang aku tak sempat nak update cabaran 30 hari tu. Tapi aku tetap aku cuba sedaya upaya untuk update secepat yang mungkin.

Dalam 10 hari aku buat #cabaran 30 hari ni, aku ada lah rasa macam aduhh malasnya nak update. Tapi aku tak menyerah dan tetap buat hingga lah ke hari ini.

Bagi bloggers yang rasa dia malas nak update tiap-tiap hari, boleh laa cuba buat #cabaran 30 hari ni. Kalau tak nak 30, 20 hari pun boleh. Tak pun 10 hari je. Ada brann?? heheeXD

So jeritan nakal : AKU BERJAYA HABISKAN #CABARAN 30 HARI. HOORAAAYYY!!!

[2008] Bergambar dengan Dynaz di DNA butik, Desa Sri Hartamas.
Tapi butik tu dah ditutup. Dynaz buka butik di tempat lain.

We made it ! Ada sesiapa nak belajar buat hand made rose ni tak? Nak bagi dekat girlfriend/boyfriend? Kalau nak belajar buat rose ni, sila like entry ni. So aku boleh lah tahu berapa ramai yg nak belajar. So nnt aku boleh laa buat entry tutorial how to make hand made rose untuk korang semua. okay :)


Much Love Fyda Deon.

August 26, 2011

#How's my piano lesson?

Assalamualaikum, hari ni saya nak cerita pasal piano/keyboard.

Dulu-dulu bila tengok orang lain main piano rasa macam awesome gilaa. Sekarang pun awesome lagii. So bila asyik tengok orang main piano je, terdetik dalam hati 'eh tak boleh jadi ni, aku pun nak main piano jugakk' huhu.. 

Sampai lah satu hari ni, bila dah ada iPad boleh main piano dalam iPad boleh refer entry ni dan entry ni excited habiss pada mulanya tapi bila dah lama-lama rasa tak puas pulak main dalam iPad je. So bila dah tak puas, mula lah nafsu suruh beli piano, tapi mampukah aku :'( Walaupun tak dapat piano tapi syukur alhamdulillah aku dapat keyboard boleh refer entry ni :)

So, bila dah ada keyboard mesti lah kena belajar main lagu itu ini kan. Aku tak pergi class piano pun, belajar dekat youtube sudah memadai. Saya belum pro lagi. i'm a beginner yaww XD

Nah ni ada sedikit santapan untuk korang. Sebelum tu sila pausekan lagu di sidebar. Jangan kritik, kalau nak puji ehemm ehemm silakan :)

Fur elise :)

Stairway to heaven :)


back to december :)


So, ni je lah aku rasa aku nak share. Jangan lupa drop your comment okay. Nak like pun awesome :)


Kenapa di masjid pun ada pencuri? boleh jawab?


Much Love Fyda Deon.

Uitm Jengka. Here i come !

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah. Usaha aku membuah hasil tanpa kenal erti putus asa. Terima kasih kepada family dan sahabat semua yang dan bagi support tanpa henti.
alhamdulillah :)

Setelah aku gagal pada awalnya namun aku tetap mahu mencuba. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Sabtu lepas aku ada post pasal pentingnya pelajaran dalam hidup aku tekan ni siapa yang belum baca. Dalam entry tu aku ada sebut yang aku dapat tawaran ke politeknik sultan idris shah(PSIS), sabak bernam dan ada pantai kat belakang PSIS.

Setelah berbincang seisi keluarga. So aku kini officially terima tawaran ke uitm jengka. peewwiiit! Rabiatul adawiya razali sangat excited bila dapat tahu yang aku dapat uitm jengka, sebab dia pun kat situu. huhuu. Ramai lagi mmbe aku kat sana. Tapi semua lain2 kos. Takde pun yg sama kos dgn aku. Takpelah yang peting betol dengan fariza ada. hikhik.

So, Hi Uitm Jengka! Bye PSIS :')
Tak dapat lah aku nak menikmati pantai belakang PSIS tu. Takpe lah PSIS, kte takde jodoh barangkali. Uitm Jengka, kita dating lah november nanti ye. Excited ni nak join minggu destinasi siswa ;D 

 p/s: Kepada kawan-kawan yang tak dapat tawaran kali ni, do not gave up easily. Niat belajar paling penting dan kepada kawan-kawan yang dapat tawaran kali ni, Tahniah! belajar rajin-rajin okayy :)


Much Love Fyda Deon.
Kalau suka entry ni boleh laa like. Comment sikit yukk :)

August 24, 2011

Aku jumpa Lailatul Qadar

Perkongsian bersama. Sumber; denaihati.com

Dengan amalan yang ada ni rasanya belum layak untuk aku berjumpa dengan Lailatul Qadar. Aku memang tidak sibuk mencari tanda-tanda Lailatul Qadar. Aku hanya selalu berdoa semuga Allah pilih aku dapat beribadah dan berdoa di malam Lailatul Qadar yang insyallah boleh merubah kehidupan aku dan keluarga.

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahu yang akan datang.

Alhamdulillah Ramdhan tahun lepas aku juga tidak bertemu Lailatul Qadar tetapi rasanya Allah telah memilih aku untuk beramal dan berdoa di malam Lailatul Qadar kerana ada rasa kelainan dalam kehidupan ini. Lailatul Qadar ini adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang Allah anugerahkan hanya kepada umat Nabi Muhamad SAW. Lailatul Qadar ini adalah hadiah yang tidak terhingga yang Allah hadiahkan secara ghaib kepada kita.

Oleh kerana Lailatul Qadar ini hadiah yang ghaib maka majoriti daripada umat Islam tidak lansung ambil kisah dan merasakan persiapan Aidil Fitri lebih penting daripada mencari Lailatul Qadar. Malanglah bagi kita yang tidak mengambil kesempatan mencari hadiah daripada Allah, hadiah yang bukan sahaja bermanafaat di dunia malah yang lebih penting di akhirat.

Insyallah jika kita terlupa tahun ini maka berusaha kita dari awal untuk mencari Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun depan. Insyallah Lailatul Qadar boleh merubah untung nasib kita.

Much Love Fyda Deon.

#Kad raya zaman berzaman.

Assalamualaikum semua. Eh raya dah dekat, nak bagi ucapan raya lah. Eh nanti lah. XD

Dulu-dulu bila raya je mesti semua nak bertukar-tukar kad raya, kad raya gambar kartun yang ada dialog lah yang paling famous. Bila baca dialog tu mesti tersengih sorang-sorang. heee! Sekarang semua pakat senang, bagi pesanan ringkas(sms) tak pun bagi ucapan dekat facebook/blog je. Kad raya kian pupus di telan zaman. Betul kan ? :')

Okay hari ni aku nak share kad raya aku zaman berzaman, since dari sekolah rendah lagi. aku ada. korang ada? hehe. :P

Kad raya yang comel ni dari sofiyya mazlan.


 Musical kad raya yang sweet ni dari izzati.

Kad raya dating ni dari kak munirah.
 
 Kad raya yang simple tapi awesome ni dari sobah.

Kad raya pelita ni dari hanis syahirah.

3 Kad raya yang cool ni dari iman mizan.

Kad raya sayang sahabat ni dari salonar.

 Kad raya kwin ni dari wan mauizzah.

 Kad raya lembut bak suria ni dari azra.

 Kad raya ni dari kekasih lama. harus di rahsiakan. HAHAHA.

Kad raya yang cantik ni dari aieza fadzlin.

 Kad raya yang cute gila ni dari suhaili.

 Kad raya VVIP ni dari shima latif.

Cool kan aku masih simpan semua kad raya ni. Thanks kepada semua yang bagi kad raya gorgeous ni. Tahun lepas aku tak sempat nak bagi kad raya. Tahun ni insyaAllah ada lah kad raya untuk kawan-kawan yang kita suka *tiru zahiril adzim

Okay, ni je lah kita nak share, kalau free comment lah, kalau tak tahu apa nak comment, like je pun takpe. TQ =)

 
Much Love Fyda Deon.

August 23, 2011

#Why i love kids?

Assalamualaikum :)

Hari ni dah masuk hari ke 23 kita semua berpuasa. alhamdulillah.
tinggal kurang seminggu je lagi ramadan bakal berakhir dan syawal bakal tiba.
Di akhir-akhir ramadan ni elok lah kita banyak beribadah kepada yang maha Esa.
10 malam terakhir, malam lailatuqadar. Ayuh kita cari malam yang penuh barakah itu. 

Hari raya aidilfitri pun bakal tiba kan. Lagu raya kini sering dimainkan di corong-corong radio. Kad raya pun semua sibuk buat. Halaman rumah penuh pelita. Rumah pun sedang penat hias menghiasi. So, apa plan korang? baju raya dah siap? hehe! nak raya ni mesti ramai yang shopping kan. Aku tak shopping banyak pun. Sikit2 je. =)

Entry kali ni sebenarnya aku nak share kat korang sikit pasal apa aku suka sangat budak kecik. Pantang betul bila jumpa budak-budak, lagi-lagi baby. aduhh tak tahan. mesti nak dukung peluk cium semua. bau baby kan wangi. Kalau dah dukung baby tu rasa macam tak nak lepas je. kecik dan comel sangat.
Kalau ditanya dekat semua orang pun, mesti semua akan kata sebab budak kecik comeyy. Ye jawapan aku pun sama. Bila tengok ibu dukung pengang baby alahai dah rasa dah aura aura ibu tu. haha. Malas cerita panjang lebar. I just love kids. a lot ! XD

Much Love Fyda Deon.

August 22, 2011

#What am i doing before i sleep?

Hi, Assalamualaikum semua.
Wa'alaikumsalam cik fyda.
Eh terima kasih sebab jawab. =)

Insomnia! insomnia! insomnia! insomnia!

Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Eh kenapa aku cerita pasal insomnia? 
Ha kalau korang nak tahu, sejak kebelakangan ni, masa tidur aku selalu terganggu sebabnya mata ni tak boleh nak lelap dengan jayanya. huhuu. 

So aku rasa aku dah kena insomnia bagi peringkat primer.

Aku perlu mempraktikkan tips yang ada ni :)

Okay now back to tiltle. *ni baru mulaa

Apa yang aku buat before aku tidur?

*berangan pasal blog, nak update apa nak tukar apa dan sebagainya. haha
*teringat balik apa yang aku buat hari ni.
*berzikir.
*kira 123............sampai boring.
*teringat dekat orang yang pernah aku suka.
*sapu versalin dekat bibir, sebab bibir selalu kering.
*sapu losyen kat tangan and kaki.
*snap picture bila tak boleh tidur.
*pusing sana pusing sini sambil merungut adoii kenapa tak boleh tidur ni.
*belek-belek fon, alahai sunyinya fon, kenapa takde orang nak text ni,
*Main iPad, buka facebook, tweet, main game, sampai bateri habis.
*tukar position kalau tak boleh tidur.

Ha, itu je kot. kenapa aku tak boleh tidur? sebabnya aku selalu buat perkara-perkara ni sebelum tidur. hehe. okay lah itu je nak share.

Korang kena insomnia juga ke? untunglah kalau tak kena :)
Much Love Fyda Deon.
Kalau suka boleh la like =)

August 20, 2011

#How important i think education is?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum =)

23 done 7 more to go

apakah?? #cabaran 30 hari laa. hikhik :)

How important i think education is?
=superb important-lahh

Okay jum lah aku cerita sedikit tentang proses pembelajaran aku sekarang. Status pembelajaran aku sebenarnya sekarang ialah "I"M A SCHOOL LEAVER". Walaupun dah dekat 8 bulan aku tinggalkan zaman persekolahan, status tu tetap aku jaga. hehee. 

Setelah Lapan bulan aku tinggalkan St. Mary. Aku sekarang jadi suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi aku habiskan masa aku dengan blog, facebook, twitter, tumblr, and etc. Sekarang aku lah orang yang paling free berbanding kawan-kawan yang lain. Sebab diorang dah masuk belajar dah. so diorang mesti lah lebih fokus kepada pembelajaran. Nak buat assignment dan nak faham segala macam benda baru. Sebab tu lah aku rajin update blog. Kalau dalam sehari tu, rasa macam nak update 3-4 entry je. Siapa yang tak sempat nak baca entry aku sebelum-sebelum ni, sila lah baca.hehee XD

Eh fyda, kau tak sambung study mana-mana ke?
inilah persoalan yang aku takut kalau-kalau ada di fikiran mana mana insan yang terdekat. Eh mestilah aku sambung belajar, takkan nak kahwin terus kot -.- Surat dari IPTS selalu sangat ketuk pintu peti surat aku. Tapi tiada terdetik sedikit pun dalam hati aku nak masuk IPTS. Salah satu sebabnya, yuran dia dah laa mahal, kerjaya aku pada masa akan datang macam mana pula kan. So aku decide tak mahu ke IPTS even abah ada suruh masuk IIC lah UNITAR lah dll. 

Aku ada dapat tawaran ke politeknik arau,perlis. Mak aiii tak boleh jauh lagi ke? Harapan lah nak pergi sana, abah takkan lepaskan punya. So aku dapat tukar ke politeknik sultan idris shah(PSIS) di Sabak bernam. Ha! ni baru cun, dekat sikit. Walaupun Ada yang kata 20km jauh dari bandar, bagi aku, aku tak kisah sebab aku dah puas duduk dekat bandar. Seumur hidup aku, mana pernah aku jejak tanah sabak bernam tu. So, aku dengar-dengar belakang politeknik tu betul-betul ada pantai. Mesti seronok kalau petang-petang lepak tepi pantai. Dekat KL mana dapat suasana macam tu. Kalau nak release stress pun boleh =)

Selain politeknik, aku ada apply uitm for second intake. Ramai yang tanya aku bila result uitm tu keluar? Aku pun tak tahu lah bila. rasa-rasanya oktober. Aku dah try call uitm, macam biasa lah tiada siapa yang nak jawab call aku. Apa yang aku harapkan, insyaAllah, Allah akan tentukan yang terbaik untuk aku. Aku mahukan masa hadapan yang cerah. amin.


Belajar di mana aku tak kisah, yang penting niat aku mahu sambung belajar. Belajar selagi aku mampu :')

Much Love  Fyda deon.

August 17, 2011

#How i found out about Blogger and why i made one?

Dimulakan dengan bismillah,
disudahi dengan alhamdulillah,
begitulah sehari dalam hidup kita,
mudah mudahan dirahmati Allah

Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh
*eh bunyi macam nasyid pulak XD

Okay #cabaran 30 hari untuk hari ni aku akan cerita serba sedikit macam mana boleh wujudnya blog fyda deon ni. Eh hari ni dah hari ke berapa eh untuk #cabaran 30 hari ni? Ohh dah hari ke 20 rupanya. Untuk yang nak tengok senarai entry #cabaran 30 hari, boleh laa click dekat labels dekat sidebar tu. weeehuuuu XD

Aku mula masuk dunia blog ni pada 23/12/2008. Lawaknya bila baca first entry dulu-dulu. HAHAHHAHAA. Dulu tak matang lagi. Sekarang dah matang dah. Korang jangan nak gelak lebih-lebih ye. batal puasa nanti. muehehhhee.

Macam mana kau boleh tahu pasal blog ni? Ye lah. macam semua orang kata follow the flows. Time tu aku rasa edoradeon yg buat dulu so itulah bukti pengaruh kakak tercinta.


Kenapa aku buat blog? Ha sebabnya selain daripada pendengar setia, dengan menulis juga akan membuatkan aku rasa lega bila ada masalah ke apa. blog jugak menjadi tempat untuk aku simpan memori suka duka gelak tawa sedih dan gembira. Blog telah menjadi tempat aku luahkan segala-galanya bila tiada sesiapa disisi. Blog juga menjadi catatan harian aku. Blog juga menjadi tempat untuk aku berhujah. Blog juga telah membuatkan aku tahu erti sesuatu penulisan. Eh macam macam lah lagi sebab. Blog ni dah macam public diary dalam hidup aku.
So, bila dah baca jangan lah mempertikaikan. Tapi kalau nak bagi pendapat/comment aku boleh terima. Okay? Okay lahh. Sekarang dah dekat pukul 3 pagi dan aku masih kat depan lappy ni. Adios Amigos. Jumpa lagi di entry yg baru =)

Much Love Fyda Deon :)

August 16, 2011

#Another picture of myself (baby pic!)

Hi, Assalamualaikum. Sebelum tu, fydadeon nak ucapkan terima kasih dekat korang semua kerana telah sudi-sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni :)

thank you! thank you! thank you! thank you! thank you!

Dengar tak jeritan yang comel tu XD

Okay memandangkan title entry hari ni berkenanan dgn gambar. So aku nak share lah kat korang bebearapa gambar aku time kecik-kecik dulu :) *excited *excited *excited :D

 Ohh So sweet mama and abah :)
 Abah and me yang gedik-gedik gitu :P
Dulu tidur sekatil, sekarang pun tidur sekatil lagii. weee XD
fydadeon love edoradeon gituuu
 The twins with pari-pari. hehee
 Andak with pari-pari.
 pari-pari tak dapat dipisahkan
 pari-pari masa dulu-dulu
 Ohh yeaahh. photoshoot photoshoot XD
lalalalalalalala~

Ohh prettynya pari-pari bila dah besar =)

Okay puas hati tak dengan gambar2 ni, actually entry ni sepatutnya letak gambar aku sorang je. Tapi i suka kongsi kegembiraan dengan semuaa XD

Much Love Fyda Deon :)
Kalau tak nak comment, like pun boleh :)

August 15, 2011

'Aku nak mati cepat, senang masuk syurga...'

Dua beradik terbunuh nahas kereta bertembung MPV

BATU PAHAT: "Aku nak mati cepat, nanti senang nak masuk syurga," demikian antara luahan pelajar Tahun Tiga, Maisarah Nazri, 9, kepada sepupunya beberapa hari sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 145 Jalan Parit Guntong-Semerah, dekat sini, semalam.
Tragedi kira-kira jam 8.30 pagi menjelang dua minggu sebelum Aidilfitri itu turut meragut nyawa abang keempat, Afifi Nazri, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.

Ibu mangsa, Aisyah Othman, 47, berkata anak bongsu daripada enam beradik berkenaan sebelum itu memberitahunya mahu pergi dulu sebelum beliau dan ingin mendapat tempat di syurga.

“Arwah kerap kali mengatakan mengenai keinginan mahu mati cepat pada usia muda, sehingga saya beberapa kali memarahinya supaya tidak bercakap perkara bukan-bukan.

“Namun, Allah Maha Kaya dan saya tidak menyangka Maisarah akan meninggalkan kami sekeluarga dalam keadaan begini, apatah lagi dengan Aidilfitri yang akan menjelang tiba dua minggu lagi.

“Saya sedih dan terkilan kerana Maisarah tidak sempat memakai baju raya yang dimintanya, apatah lagi kami baru belikan untuknya beberapa hari lalu... masih terngiang-ngiang lagi suara Maisarah yang mahukan baju raya yang cantik serta mahal untuk dipakai Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Nibong, Semerah.
Dalam kejadian itu, kereta kancil dipandu Afifi bersama Maisarah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika dalam perjalanan ke pusat tuisyen.

Wanita yang memandu pacuan empat roda berkenaan turut cedera patah tulang rusuk dan kini dirawat di Hospital Batu Pahat.

Aisyah berkata, anak keempatnya, Afifi turut menunjukkan perubahan apabila bertukar menjadi agak pendiam dan selalu memencilkan diri.

“Naluri saya menyatakan ada perkara yang tidak baik mungkin akan berlaku kepada keluarga saya dan ia ternyata benar,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nazri Mohd Basri, 47, berkata dia dimaklumkan kemalangan menimpa dua anaknya itu menerusi seorang rakan dan bergegas ke lokasi kejadian serta sebak melihat kenderaan dinaiki anaknya remuk.

“Kebiasaannya anak sulung saya berusia 22 tahun yang menghantar Maisarah ke pusat tuisyen. Maisarah sudah terlambat untuk ke pusat tuisyen semalam sebelum mengejutkan Afifi untuk menghantarnya. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan takdir Ilahi,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong kira-kira jam 6.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 8.25 pagi sebelum polis ke ditugaskan ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa (Afifi) jenis Perodua Kancil arah Semerah-Batu Pahat dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV terbabit.

Berikutan kemalangan itu, katanya, kedua-dua mangsa dalam kereta Kancil cedera parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pemandu serta penumpang MPV pula cedera ringan dengan seorang dipercayai patah tulang rusuk dan kini menerima rawatan di Hospital Batu Pahat,” katanya menjelaskan kes masih dalam siasatan.
Sumber: berita harian

p/s: aduh sayunya aku baca kisah ni. Budak tu macam dah tahu tahu dia nak pergi. Tak sempat nak beraya. Sama-sama lah kita ambil iktibar :'(

Much Love Fyda Deon :)

August 14, 2011

#What you would find in my bag?

HI ASSALAMUALAIKUM :)

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa kan. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Walaupun aku berpuasa dalam keadaan yang tak berapa sihat, alhamdulillah, semangat aku tak pernah pudar untuk mendapatkan ganjaran dari Allah dalam bulan ramadan yang mulia ni.

Gambar konon-konon je XD

Tajuk #cabaran 30 hari ni dah macam dalam Fuhhh! kan. Siapa tengok fuhhh! dia faham lah. heee! main sportcheck bag jum. Kalau macam aku ni jenis yang akan bawak beg, kemana jua aku pergi. yelah kita ni orang perempuan, mcm2 nak kena bawak kann. Size beg tu depends kemana arah tuju ku. kadang2 dah malas bawak je lah beg apa pun. Persoalannya sekarang apa yang korang akan jumpa dalam beg aku?

OKAY JOM TERJAH ! XD

What you would find in my bag?

1. Purse GMX warna brown - dalam purse ada duit, kad bsn, gambar, kad watsons, kad tusyen perfection tahun lepas, kad middle school yusuf chang, kad pengenalan diri warna biru okayy, lesen memandu, kad snowflakes dan ada lah beberapa lagi kad yang tak penting. =)

2. iPad - Tengok tempat jugak. kalau aku keluar dgn kawan2 dan melibatkan perjalanan naik train yang kurang selamat, aku tak bawak lah. kalau keluar dengan parents baru aku bawak sebab naik kereta. =)

3. Jam Elle warna pink - jam memanglah aku pakai, tapi bila terlupa ke mmg aku letak dalam beg je lah.

4. accessories - gelang, rantai, cincin. Kalau rimas, aku campak je dalam beg. =)

5. beg make up - kadang2 aku bawak aku punya sendiri, kadang2 tak bawak pun, kadang2 edoradeon tumpang beg make up dai dalam beg aku =)

6. Tisu - kalau aku ingat, aku bawak lah.

7. Handphone - sony erricson  dengan nokia je. kalau aku rajin nak charge phone nokia tu dia on lah, kalau aku malas dia off lah. isshh issshh.

Okay tu je kot. adios amigos.

Much Love Fyda Deon :)

August 13, 2011

#My nicknames; why do i have them.

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa,
kalau jawab, eh awak sayang kite ehh :)
*okayy i'm just kidding :l

#cabaran 30 hari. sorry lambat lagi. semalam busy gilaa. ada majlis bersama isteri timbalan perdana menteri. nnt i buat satu entry ye. chill lahh bersama nescafe XD


Okay jum teruskan dengan tujuan sebenar entry ni. it's all about my nicknames. Before that, nama betul aku ialah farida amira binti zaharudin. comelnya nma aku. heehee :P

My nicknames; why do i have them.

Fyda- Yang ni semua dah tahu kan. terang-terang lagi bersuluh, ramai orang panggil aku fyda.

Farida- Yang ni pun alahai dah ni firstname aku confirm menjadi salah satu nickname aku.

Wada- Yang ni nama masa zaman kecik-kecik comey-comey dulu. Sekarang yg aku perasan sorang je panggil aku dgn panggilan ni. siapa eh?? cik boy laa.

Mira- Nama kakak aku, eh amira nama aku. tp ada sorang budak ni gedik2 nak panggil aku mira kan. so terima je lah. siapa eh? fatin athirah sorang je tahu. hehee XD

Dyda- Nama manje aku, puteri yang bagi. Masa kecik2 dia tak reti sebut F, so dia tukar lah F tu jadi D. So jadi lah dyda. Tp sekarang bukan puteri sorang je panggil. ramai oarang panggil. manje2 gituu.

Pidut- Hikhik kelakarnyaa :D nama ni atok yg bagi. haiishhh. Comel gilaa nama ni. peewiiit <3

loading loading loading loading loading

okay tak ingat dah. Setakat ni, tu je kot. Hi nama saya farida amira. awak nak panggil saya fyda ke, farida ke, wada ke, mira ke,dyda ke, pidut ke, saya tak kisah. sebab saya nak semua. Hidup ni cuma sekali so kita tak boleh enjoy je. Seimbangkan dunia dgn akhirat. Okay bye tiru cerita puteri tapi telah di ubah supaya lebih bermakna :D

Much  Love Fyda Deon :)

Saya budak baru belajar :)

Hi! Assalamualaikum :)
Tadi terjumpa ashmiera time solat tarawih. winduuu XD
Saya budak baru belajar main piano.Tak pergi kelas pun.Belajar sendiri sendiri je :)

Oh ya! sebelum tengok video ni. pause kan dulu lagu kat sidebar tu.

 
 fur elise XD
masih beginner :)
Much Love Fyda Deon :)