May 30, 2011

nora elena


"memuji diri ibarat membaling pasir ke muka sendiri"

ada yang setuju tak dengan statement ni?
*tajuk tiada kena mengena, sila lontarkan idea untuk title entry ni di comment okay.


okay sebelum tu, Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab suka :)

If you ask me do i agree with this statement, my answer is NO. Everyone ada hak untuk melontarkan pendapat masing-masing, same goes to me. muehehehhee, so lets start.

Why do i not agree with this statement?
becauseeeeee

- yea siapa lagi nak puji kita kalau bukan diri sendiri. *ini cerita umum okayy.

- kalau kita tak puji diri kita, dari mana kita nak dapatkan keyakinan untuk terus hidup. *andai kata kita dalam masalah

memang lah semua manusia tidak sempurna, tetapi takkan lah kita nak nagative thinking *aku tak sempurna! aku tak sempurna mcm tu kott. so kita kena lah yakin kita manusia dijadikan sebaik-baik kejadian. semua orang cantik. kalau nak di olah, 'cantik' tu sangat subjektif. setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Lain lah pula cerita, kalau orang tu canang satu kampung puji diri sendiri, bila situasi begitu terjadi baru lah aku setuju dengan statement ni. itu baru lah dikatakan riak. riak tu berdosa tau.

So, the moral of the story is you all boleh puji diri sendiri tak de nak di ibaratkan membaling pasir kemuka sendiri lah, boleh, there is no problem. tipu lah kalau someone tu cakap 'aku tak pernah puji diri sendiri' tipu tipu tipu okayy. Tapi kalau nak puji diri sendiri tu perlulah kena dgn tempatnya. Memuji, sendiri cakap, sendiri dengar dah laa. Dengan memuji diri sendiri, automaticly graf keyakinan kita akan menaik secara mendadak. believe in yourself my dear honeyy. Kalau puji diri sendiri sampai terjebak kepada riak, itu sangat dilarang. 'kita tahu laa awak cantik, tp takyah lah nak bagi tahu semua orang kan'
lepas tu akan mucul lah benci-membenci, dengki khianat dan sebagainya. akhir kata minta maaf kalau ada tersalah bicara dan sebagainya. Ini hanyalah pendapat aku semata-mata.

p/s : you jangan rasa i annoying sangat tau, that is not my real personality. saja nak kena kan you.
Much Love Fyda Deon :)

May 24, 2011

Mencari jawapan yang pasti


Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)
Saja tiru fb dan gaya mariaelenazarul.

Aku saja je nak post entry ni lambat, orang lain semua excited post pasal ni. aku je macam erkk. Takpe lah kira unfairlah pada diri sendiri kalau aku tak post pasal ni. So, 22 mei 2011 adalah tarikh keputusan kemasukan politeknik 2011, so i've check my result and the result is alhamdulillah i got my first choice which is diploma teknologi maklumat (rangkaian) dan telah ditempatkan di Arau, Perlis. Aku bersyukur sangat sebab dapat first choice tu, ramai kawan aku yang dapat tapi lari dari apa mereka kehendaki. So apa keputusan aku sekarang ni? i am okay with this result, but yaa everyone know my dad, dia mana nak jauh jauh dengan anak anak dia. My dad kalau boleh nak jenguk aku every week mcm kakak aku. UM dekat je. hari hari boleh jengok. Kalau aku terima tawaran politeknik ni. jangan nak kata seminggu sekali. sebulan sekali pun belum tentu. Yelah perlis, hujung dunia kan, jauh dari kota raya Kuala Lumpur dimana tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Kuala Lumpur telah menjadi saksi perjalanan hidupku selama 18 tahun ni. Kuala Lumpur pasti sedih kalau aku terima tawaran ni. okay poyo gila ayat. HAHA.

So after discuss everything, so i've decided to wait for rayuan ke ipta this 14 of june and rayuan ke matrikulasi this 2nd june. Persoalan semua telah terjawab setelah aku call orang jabatan dan tanya dia if aku terima tawaran politeknik, adakah rayuan aku akan ditolak serta merta atau sebaliknya. So mereka kata, kalau aku terima tawaran politeknik, rayuan aku ke ipta tetap akan di proses. alhamdulillah Allah permudahkan urusanku. So aku akan hantar borang jawapan ke perlis and kindly wait for the ipta things. Hopefully ada rezeki aku kat either UTM or UITM.
 Kawan-kawan semua, tolong doakan Farida Amira ye.

Much Love Fyda Deon .

May 23, 2011

Mengalir air mataku tatkala membaca kisah mereka .

Tanah runtuh Hulu Langat: Mangsa beri ibu tudung kali terakhir bertemu2011/05/23

AWIE gagal selamatkan adiknya bersedih ketika menunggu di Rumah Mayat HKL.
KUALA LUMPUR: “Saya sempat tarik tangan adik selepas runtuhan pertama, namun kakinya tersangkut pada batang besi khemah, saya cuba tarik lagi tangannya tetapi ketika itu saya nampak ada runtuhan batu menuju ke arah kami.

“Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya.
“Ketika berlari keluar dari dewan saya meraung kerana teringat apa yang terjadi kepada adik,” kata Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat dalam tragedi tetapi kehilangan adiknya.
Awie yang masih trauma tidak dapat melupakan kejadian yang sekelip mata mengorbankan adiknya, Mohd Riezman Abdul Latif, 9, dan 15 yang lain berkata dia sangat sayangkan adik bongsunya dan sentiasa ke mana-mana bersama, namun semuanya tinggal kenangan.

Ibunya, Intan Anisah Alang, 40, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Kajang, berkata dimaklumkan kejadian itu oleh anak saudaranya sekitar jam 5 petang.

“Saya tergamam dan seluruh tubuh rasa kaku... tidak bermaya, namun saya kuatkan hati untuk bergegas ke tempat kejadian kerana ingin tahu nasib kedua-dua anak.

“Bila tiba di sana saya dimaklumkan Awie terselamat, namun Riezman terperangkap dalam runtuhan dan berdoa dia selamat, tetapi harapan saya hampir hilang apabila Awie menceritakan apa yang berlaku kepada Riezman,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Intan yang kali terakhir bertemu Riezman pada Aidilfitri tahun lalu, berkata mayat Riezman dibawa keluar dari runtuhan jam 4.35 pagi semalam.

Paling menyedihkan Intan, anak kesayangannya itu juga sempat membelikannya tudung pada pertemuan kali terakhir mereka sebelum dia kembali menyambung pengajian Tahfiz di Madrasah Al-Taqwa.

Selain adiknya, seorang lagi yang terkorban adalah sepupu Awie dan Riezman, Mohd Kamarul Amizan Johari, 11, yang turut tinggal di madrasah itu sejak tiga tahun lalu.

Kamarul, anak ketiga daripada lima beradik adalah mangsa terakhir yang dikeluarkan dari lokasi kejadian jam 5.05 pagi semalam.

Bapa Kamarul, Johari Awang, 40, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata beliau hampir pengsan apabila dimaklumkan kejadian itu.

.................................................................................................................................................................

Tanah runtuh Hulu Langat: Tujuh satu liang
2011/05/23

Lebih 500 sembahyang jenazah

KUALA LUMPUR: Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak jam 10 pagi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa terbabit.
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M Muin, 18; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Mustakim Mamat, 12; Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11; Mohd Hazim Sapri, 10; Mohd Imal Fahad, 9, dan Mohd Azret Azahari, 8.

Semua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat.
Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.


SITI Nur Ain Safri, tidak dapat menahan sedih ketika mendengar cerita dari adiknya, Mohd Alauddin Safri, mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, bertemu ketika ditempatkan di Hospital Ampang, selepas 11 tahun berpisah. - Foto Zulfadhli Zulkifli

sumber : http://www.bharian.com.my/

p/s : sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa yang telah terkorban dalam kejadian tanah runtuh hulu langat. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...amin.
Much Love Fyda Deon :')

May 20, 2011

SMS - Pesanan Ringkas

Assalamualaikum. Wa'alaikumsalam :)

Berkawan biar beribu dan bercinta biar satu. So untuk entry kali ni aku nak describe serba sedikit yang berkaitan dgn pepatah tu.

'Berkawan Biar Beribu'
Aku rasa aku ada raaaaaaamai kawan. Pelbagai ragam ada. Dan semua orang sedia maklum budak budak batch aku akan memulakan sesi pembelajaran mereka dekat U tak lama lagi. Ramai jugak kawan aku yang dapat. Ada yang dekat....

uitm Jengka, Pahang - Rabiatul Adawiyah,Fariza Mat dan Farah Nabila.
uitm Machang, Kelantan - Mira Haseran dan Amirul Roshidi.
matrik banting - faizah.
uia gombak - Anis Lam dan Aishah Rosmin.
UM - Naqib Aziz.
uitm kuantan - Cuna.
uitm Shah Alam - Fatin Amirah.
Taylor's Universiti - Aslam Khairul
uitm Kuala Pilah, Negeri Sembilan - Ashmiera

Okay kalau nak tulis semuanya memang tak ah kan. Mohon maaf kepada sesiapa yang tiada dalam list tetapi tetap dalam ingatan :)

Aku just nak sampaikan sedikit pesananlah kepada yang berkenaan. Mungkin kita semua tak dapat jumpa sekerap dulu. Tak dapat nak gelak ketawa macam dulu. Masing-masing dah ada jalan untuk ke masa hadapan sendiri. Mungkin kita akan terpisah buat sementara waktu dan akan merindui antara satu sama lain. Sedih semacam je bunyi kann :') So selamat maju jaya lah kepada semuanya. Kalau ada masa tu call or text lah aku. Yang ada blog tu update update lah selalu. Yang ada facebook tu jangan lah sombong selalu. Memang ramai yang tak biasa berjauhan dari keluarga. Percayalah, nnt dah lama lama korang yang tak nak balik wa cakap luu. haha bunyi gangster semacam je. Okay lah i Love yoouuuuolllllsss.

Much Love Fyda Deon

May 9, 2011

Dilemma Lagii :/


Hai, Assalamualaikum semua. Mood aku tak menentu je sejak dua menjak ni. Sepatutnya hari ni aku kena pergi SMK RAJA ABDULLAH untuk lapor diri sebagai pelajar form 6. Tapi, aku dah buat keputusan untuk tidak melapor diri pada hari ni. Setelah bincang dengan family tercinta dan bertanya kepada yang lebih berpengalaman, dorang pun setuju dgn keputusan ni. So sekarang aku tengah tggu rayuan ke IPTA yang memeningkan kepala, rayuan ke matrik yang entah bila dapat tahu dan keputusan ke politeknik pada 22 mei ni.

Hopefully rezeki akan berpihak kepada farida amira kali ni. amin :)
Much Love Fyda Deon.

May 7, 2011

Result UPU dah keluar dah

Dukacita dimaklumkan aku belum berjaya dalam kemasukan IPTA 2011. Setelah membuat rayuan, insyaAllah. aku akan berjaya.

"Ya ALLAH, kau murahkan lah rezeki farida amira binti zaharudin supaya rayuan untuk kemasukan ke IPTA 2011 berjaya dan berjalan dengan lancar, amin ."

terima kasih sebab sama sama mendoakan saya :))

Sesungguhnya, aku tak akan berputus asa macam tu je, aku tahu rezeki akan berpihak kepada ku kelak. amin. Kepada kawan-kawan yang telah berjaya dapat masuk ke IPTA, gunakan peluang itu sebaik mungkin dan kepada kawan-kawan yang senasib dengan aku, jangan putus asa, rezeki kita semua mesti ada, okayy :))

Much Love Fyda Deon :)

May 4, 2011

Kerana Terpaksa

Hey Assalamualaikum. Lama dah aku tak menaip banyak banyak erti kata lain, lama dah aku tak update blog secara tulus ikhlas, sebabnya lappy abg aku guna so tggal iPad kesayangan aku tu je lah yang jadi peneman untuk aku bersosial networking. Ha! sejak dah buat 'jailbreak' ni, mcm2 application aku nak download, mklum lah everything free even it's not free, okayy whateverr. Baru2 ni aku ada jumpa app untuk photo editor, best pulak aku edit kat situ, nahh ini lah hasilnya :))

Next story pulak, haa! baru baru ni kan ada book fair dekat pwtc skrg. So aku ada pergi hari jumaat lepas, aku pergi dgn fatin sahabat sejati sentiasa dihati tuu, hehe! Memang penat aku satu hari, makan tengahari pun dah terlewat jadi makan petang. kalau siapa2 yang pergi tu mesti korang ada perasan sorang mamat ni pegang payung warna purple dan pakai spek hitam dekat dewan karangkraf, then dia cakap mcm ni "cer singgah cer singgah, cer masuk cer masuk" siap buat tangan macam usop whillcar tu. aku duduk tepi tu tersengih2 je. Dah tu ada pulak peminat nak ambik gmbar dgn dia. heyyy, mcm2 ragam. Time tu pulak fatin dgn bf masuk tgok novel lagi, bf dia siap blanja dia novel lagi, alahai sweet kau org ni. bilaa laa aku nak berboipren ni?? okay dahh jgn tanya :/

Sejak sejak aku dah beli novel ni, rajin pulak aku nak baca buku. Elok lah tu kan, kajian ada mengatakan seorang hanya membaca tak lebih dari dua buku setahun, So rajin rajin lah membaca wahai rakyat sekalian :)) ohh lupa nak bagi tahu, tajuk entry ni sempena tajuk novel yang aku beli tu.

Keputusan UPU bakal keluar 6 Mei ni. Pelbagai persoalan yg bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Mana yang akan aku dapat? jurusan apa? apa yang akan aku belajar nnt? boleh ke aku bawak nnt? Persoalan ni terlalu membuat hati aku bertambah gelisah. InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusanku dan beri yang terbaik untukku. amin. Matrik aku tak dapat, takpe lah sbb aku tak memberi harapan sangat kat situ. Form 6 aku dapat, jurusan kemanusiaan kat SMK Raja Abdullah, kena lapor diri 9 mei ni. Hati aku kuat mengatakan bahawa besar peluang aku kat UPU, mudah mudahan lah kann. So mybe aku tak pergi lapor diri untuk form 6 tu. Korang semua doakan aku tau :))

Jangan mencari terlalu istimewa

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


from Dato. Fadilah kamsah-found somewhere in facebook :))

May 1, 2011

Price Tag

Jom nyanyi sama sama :))

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain't about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

We need to take it back in time,
When music made us all unite
And it wasn't low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired
Why is everybody so obsessed
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling Alright.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain't about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag