October 31, 2011

Tips buat Medical Check Up.

Assalamualaikum.


Siapa perasan blog fyda deon macam dah terbiar sikit? okay aku perasan sangat sebab aku lah tuan empunya blog. hihi. keyhfine, this is so serious! kalau sekarang dah terbiar sikit, nanti aku masuk uitm terbiar banyak? oh tidakk..kasihan blog ni keseorangan nnt. tak sanggup aku tinggalkan dia keseorangan. Apa dia? korang tolong tengokkan? okay terima kasih. hikhik :P

Oh ya! back to topic. Tadi aku pergi buat madical check up untuk uitm. Abah just drop aku dekat hospital besar, dan suruh aku berdikari cari sendiri tempat dia. Aku dengan rela hati dan yakin mencari tempat yang dituju. hihi xD

Oh ya! ada sekali tu aku masuk bangunan tu main jalan je, then abang polis tu tahan aku, dia  tanya nak ke mana? aku pun 'erkk saya nak buat medical check up, kat mana ye'. pastu dia kata 'ha, pandai pun tanya, awak jalan terus bla bla bla bla bla' ambik aku kena perli. malu bertanya sesat jalan. kan dah kena, padan muka aku.

Satu lagi kes ni lagi lawak. ambik no, then dia panggil num aku kaunter 21. aku pulak macam dengar bilik 21. puas aku cari bilik 21 kat mana. last last aku tanya dekat kaunter 21 tu mana bilik 21. pastu dia kata ni lah kaunter 21, mana ada bilik 21. fuhhh! #sorokmukabawahtanah je lah time tu. maluuuu xD

takpe lah. Learn from mistake kan.

Tadi pun check rabun, urine dengan x-ray je. aku mana pernah buat check up ni. haiissshh. 10.11.2011 kena pergi lagi sekali ambil result dengan check darah tak silap aku. So next appointment kira aku dah pakar sikit lah. ngehehehe.

So kepada sesiapa nak buat check up di Government Hospital, sila ke bangunan wisma rekod di belakang bangunan hospital bersalin. Bawa duit RM20. Better buat cepat, sebab 10 hari result dia keluar. Kalau buat last minit nanti tergesa-gesa sangat kan. Tapi kalau yang nak dapat result cepat buat kat swasta pun boleh. Tapi kena bayar lebih lah ye.

OKAY, itu saja tips dari aku.
Selamat maju jaya!
Kami sedia membantu! <-- slogan kementerian kesihatan malaysia ;)

Sebelum keluar tekan sini dulu :)

p/s: doakan mata aku sihat ye :')
Much Love Fyda Deon.

October 29, 2011

Tiga G tidak boleh di pisahkan. Awww! Me love you ;)

Assalamualaikuuum, salam sayang hulur tanda ingatan... lalalalala
alahai nyanyi lah pulakk. chooiii.

Penat..Penat.. Sungguh aku tak tipu every weekend pasti aku busy.
Tak caye? tanya parents aku, sebab diorang yg bawa aku keluar. ngehehehe.

Asal semua pakat tangan nak pegang tudung? pffffttt! kalau aku pakai pashmina confirm aku ikut sama pegang. sebab angin tiup takut tudung terbang. xD

Hari ni pergi wedding abang shima. Tema OREN dan aku juga ikut sama OREN. Shima satu family meriah jadi penyambut tetemu. Bertemu juga, aku sefamily dengan shima sefamily. Syukur Alhamdulillah. Shima sangat sempoi dengan selipar dia tp dah pandai ber-shawl. huhu. Cantik sangat okay. Soleha pulak hati senang, tembam-tembam dia pun sangat comel disitu okay. Dia single lagi, siapa mahu sila jenguk blog dia. xD Oh ya! Hari ni pertama kali pertemuan shima dan soleha dengan betol. Sangat AWESOME okayy! ;D


To Shima Latif and Soleha Rosli : Nanti kalau dah HOT jangan lupa aku tau xD


 *Fuhh bau masak lemak cili api mama, sangat menusuk dikalbu*


Balik dari wedding tu terus gerak jalan tar, pergi JAKEL cari carpet. Kesian betol, penat melayan karenah puteri. Puteri tu tahu lah tak reti duduk diam langsung. Aku pun bagai dah nak pengsan dah tadi. Nasib baik betol ada. muehehhehe xD


Terjah SHAWL MURAH dan PRE-LOVE BAJU MURAH xD
*muah muah xoxo*
Much Love Fyda Deon.

October 28, 2011

#1 Tips iPad/iPhone applications

Assalamualaikum semua :)

Entry ini sebagai perkongsian semata-mata.

Search for Labyrinth. This game macam cool dan boleh juga membuatkan kita addicted. Dan aku dah pun addicted to this game. Kadang2 bengang dan geram jugak sebab asyik masuk lobang je kan. fuhhh!

 Amacam, ada bran ? Kalau ada dua iPad/iPhone lg best sebab boleh main multi player ;)


Much Love Fyda Deon.

October 27, 2011

200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu.

Assalamualaikum :D


PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.


JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya.
...........................................................................................................
Apa kaitan aku dengan keratan akhbar utusan malaysia di atas?


boleh baca entry ni --> 


Much Love Fyda Deon.

October 25, 2011

Dian Pelangi | GAMBAR

Assalamualaikum xD
 
Dian Pelangi.
i just LOVE her style.
 
 



Korang suka ? LIKE lah xD

October 24, 2011

jika suatu hari nanti | cinta kasih sayang susah senang

.Assalamualaikum.

Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan menghadapi sebuah kesusahan, akan ku usahakan ke arah kesenangan. Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan berjumpa dengan kesenangan, akan ku manfaatkan nikmat kesenangan ke arah kebaikan.

Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan berjumpa dengan sebuah kebahagiaan, akan ku jaga supaya kebahagiaan tersebut tidak akan pudar nikmatnya. Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan berjumpa dengan kenikmatan, akan ku syukuri nikmat pemberian Tuhan.

Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan bercinta, akan ku pastikan diri ini bersedia menghadapi sebuah kehilangan. Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan menghadapi sebuah kehilangan, akan ku didik diri ini redho atas segala ketentuan.

* Perkataan dari hati *

Much Love Fyda Deon.

random updated =.+

Assalamualaikum semua :)

peace yaww xD

Malam tadi timeline semua cerita pasal bola bola dan bola. WHY ALWAYS ME? hehe. Apa dia MC belasah MU 6-1. ishh ishh. aku ni minat tak minat lah MU, aku tak tengok pun bola semalam. hihi. Aku tengok bola dekat timelne pun dah cukup. Macam2 tweet aku baca. sayur sayur laa apa la.. haiiyaaakkk xD

Next...

Countdown 23 hari lagi untuk aku jejakkan kaki ke alam university. oyeaahh. Dan semestinya 23 hari lagi aku spend time dengan family, 23 hari lagi untuk aku tidur lambat dan bangun lambat, 23 hari lagi, kemas rumah, tengok tv, dan bla bla bla. Fuhhh! 23 hari bukan lah masa yang lama, singkat sangat singkat dan aku tak prepare apa-apa lagi barang nak bawa. Takpe chill dulu. Aku mana suka shopping sebenarnya *tangan di dada mata ke atas* ;\

Nanti dah sampai uni confirm aku busy. nak update blog pun tak tentu lagi. tapi aku akan cuba update sekerap yang mungkin. siapa lah yang nak tengok-tengok kan blog aku ni ye. kesian dia. korang tolong ye :))

Last but not least
anyone, ada tips persediaan ke uni tak?
share di comment plss :)

Much Love Fyda Deon.

October 23, 2011

aku KETURUNAN RAJA ? | PARIMBUNIS

Assalamualaikum.

HELLO xD

PARIMBUNIS stand for? Fajar, Rimbun, Ismail dan Masrobiah. Mereka-mereka ni adalah anak kepada Raja Ali dan Raja Chik. Raja Ali dan Raja Chik ni adalah keturunan Raja RIAU. Pahlawan RIAU lah kiranya. Dan keluarga kembangan aku adalah anak cucu cicit piut kepada Fajar. Kira aku keturunan Raja RIAU lah jugak kan. Kira bau bau bacang atau pun keturunan jauh raja RIAU. hihihi! Cer letak Raja Farida Amira. Okay ke? HAHA dah terasa diri ni raja la pulak.

Semalam aku ke Melaka sebab ada perjumpaan keluarga terbesar PARIMBUNIS dekat Politeknik Merlimau. Keluar rumah 8 pagi sampai sana dalam pukul 10 pagi. Actually setiap keluarga ada tema baju masing-masing. Kalau keluarga Fajar kena pakai baju warna merah. aku pulak takde baju warna merah. nahh ambik hot pink aku pakai. hikhik xD

 Jemput melihat gambareee xD



 Cer cari aku. Jumpa tak?? ;)

Okay malas bebel banyak, keluar rumah pukul 8am, balik rumah pukul 10pm. Fuhh penat tak terkata. serkarang masih terasa bahang-bahang kepenatan :P


Much Love Fyda Deon.

October 22, 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Dalam kepenatan ada terselit kerajinan.
Okay sebenarnya aku baru balik dari Melaka dan rasa tak complete bila tak sentuh blog.
Thanks to follower nina zee sebab tagged me. *wink wink xD

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Hi akak pen merah. Citarasa kita sama sebab kita suka warna merah jugaa. hehe.
Okay cun semoga tuah menyebelahi aku. hihihi :P

Untuk contest ni kita nak tagged FARAH NASIR, BETOL dan SHIMA LATIF.
Sebab diorang ni jarang updated. haiisshhh xD


yang lain nak join pun boleh. Hadiah menarik menanti siapa yang bertuah !

OKAY SIAPA NAK JOIN BOLEH CLICK SINI / BANNER KAT ATAS TU :)

Much Love Fyda Deon.

October 21, 2011

aksi kelapa memeriahkan suasana | GAMBAR

Assalamualaikum uuuuoooolllssss xD

Awak apa khabar? sihat? alhamdulillah. saya juga sihat. hehee
Background music bertukar lagi. Takut by Viera. Aku tersuka lagu ni pulak. Nanti kalau bosan aku tukar lagu lain pulak. heheee.

Oh ya! Esok aku akan ke Melaka. Nak jumpa orang Melaka. hehe. Actually ada family gathering terbesar. Sekarang susah nak explain, nanti aku cerita dekat next entry ye.
TUNGGUUU . . .

Bebel-bebel dah lari topic. Okay back to the topic.

Peluang keemasan pabila berada di kampung. bandar ada? tak jumpaaa. Buah kelapa yang selalu meriahkan suasana. Lagi2 dapat kelapa muda. fuhh! meleleh habiss. Air kelapa, maniss sangat natural. Bila balik kampung masing-masing jadi hantu kelapa. lagi2 budak-budak kecik. Turn aku nak dapat buah kelapa selalunya lambat. haiishh.

TERJAH GAMBAR JOM XD

 HAHA! Diorang tengok puteri buat muka. :3

 My Hero, abah tukang belah kelapa :D

Atok melayan cucu diaaa xD
Awesome kan atok saya xD


Much Love Fyda Deon.

October 19, 2011

Meet them! XD | Teringin nak jumpa yang lain :)

Hi, Assalamualaikum.

Sekali lagi dalam keadaan mengantuk, aku gagahkan diri untuk update blog.

Setelah bertahun kami tak jumpa, since habis sekolah rendah lagi, hari ni baru lah kami bersua kembali. Aieza Fadzleen and Azril Syafiq, thanks for today. Before this, aku tak tahu pun aieza tu duduk selayang dan azril duduk rawang. Kalau aku tahu confirm aku dah ajak diorang keluar hari-hari. *OKAY TIPU JE :))

Hari ni keluar pun plan last minit, meet dekat selayang mall je pun. Malas lah turun KL. At least dapat jumpa kan. Aieza memang lah ingat aku, Azril pulak dia ingat-ingat lupa. Alahai pengawas sama-sama dulu tak ingat pulak ye. Aieza tetap manja macam dulu, Azril pulak pemalu. alahaii. aku pulak, meramahkan diri. Aku ni jenis yang tak suka awkward2 moment. rasa macam errkkk apasal semua oran senyap. ha macam tu lah.

Okay, Malas cerita panjang.
Jom terjah gambar xD

Ada yang terasa nak lawan bowling dengan aku tak ;D

Haha, comel pulak aku tengok korang berdua ni. saje aku menyakat. :P

Budak manja ni xD

 Okay, ada tak budak skshas yang sentap baca ni sebab tak dapat jumpa aku. haha #kelaaasskaumariaa Takpe next reunion InsyaAllah aku datang ye. boleh jumpa ramai2. hehee. #perasanhabiss. Oh ya! thanks Azril sebab jadi driver. hikhik :P

Much Love Fyda Deon.

#12 Wordless Wednesday | California

Assalamualaikum :)


Much Love Fyda Deon.

aku benci orang yang tidak berperikemanusiaan ;\

Hari ni tak nak bagi salam boleh? Terasa pelik pulak, selalunya entry aku akan dimulakan dengan memberi salam. Assalamualaikum! haaiiissshh, disebabkan terlalu bengang gilaa dengan masyarakat sekeliling. bukan masyarakat sekelililng aku, tapi masyarakat sekelililng yang terdapat dalam video ni. ;\ 

Setelah video ni tersebar luas di serata facebook dan blog. aku pun turut nak kongsikan dengan korang semua.



Gila Sh*t!! kan. Takkan lah dah langgar orang/manusia boleh buat tak tahu. Pastu yang duduk lalu lalang tu buat macam takde apa-apa yang berlaku. boleh tengok je budak tu macam tu. ingat anak kucing ke wehh. buka lah mata tu sikit. Yang lagi satu lori tu lagi nak langgar. Tipu lah kalau kata tak nampak.


Alhamdulillah, aku bersyukurlah duduk dekat Malaysia ni. At least masyarakat Malaysia takde lah tengok orang kena langgar buat tak tahu je kan. Kalau ada tu, orang gila je lah. issshh tak faham lah dengan kes dalam video ni. aku tak faham dan aku tak berselera nak faham. Tolong lah tanam sifat berperikemanusiaan tu dalam diri. Hopefully kejadian macam ni dijauhkan dari aku, keluarga, sedara mara, sahabat dan seluruh ummat Islam. Minta di jauhkan.


Maaf entry ni agak emosi. 
Much Love Fyda Deon.

October 18, 2011

Alhamdulillah | Interview SPA

Assalamualaikum.

Pasti ramai yang sedia maklum, hari ni merupakan hari penting aku. Interview SPA bagi tawaran latihan Penolong Pegawai Perubatan. Oh ya! Terima Kasih kepada semua yang dah wish me luck dan kata-kata semangat untuk interview ni. hehee!

Okay meh lah nak cerita sikit pengalaman temu duga SPA ni. Oh ya! sebelum tu, mungkin ramai lagi yang samar-samar tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ni. Apa yang aku tahu lah tentang SPA ni, dia of cos kerajaan punya. Kalau yang aku pergi inteview ni, dia under kolej kerajaan dan lebih kepada bidang perubatan iaitu latihan separa perubatan. Antara kebaikan/keuntungan belajar dekat sini ialah yuran semua ditanggung kerajaan, dapat  elaun setiap sem, dapat elaun sampingan macam makan, buku, hostel dan uniform. Kira macam semua ditanggung kerajaan. Yang paling penting, lepas belajar, kerja dah disediakan. Kira macam masa depan tu terjamin.

Okay jom sambung pengalaman.

Dari Kepong ke Putrajaya + traffic jam. Fuhh! 7.45am still dalam perjalanan. Nasib baik 8am sharp aku sampai, itu pun exam dah mula. Tapi ada lagi yang lambat dari aku. Buat muka tak bersalah terus jawab exam. Sebenarnya kena buat dua exam, minat dan sahsiah. Tapi ntah laa dia suruh buat yang minat je. 227 jumlah soalan dalam masa 30 minit tak silap aku. Soalan dia ya/tidak je. Berdasarkan kebolehan dan minat kita. Alhamdulillah aku boleh jawab semua.

Next, tibalah masa interview. Fuhh! tangan dah sejuk sebab nurveous tambah pulak dengan air-cond. Memang tak duduk diamlah aku. 7 orang calon je yang datang tadi. Aku rasa itu jumlah yang paling sikit dan kebanyakannya dapat kos jururawat. 5 perempuan 2 lelaki. Yang lain semua sebaya aku, cuma ada sorang kakak ni 22 tahun dan dah pun berkahwin. At least dia still nak belajar kan.

Aku orang yang ke-6 di panggil masuk ke dalm bilik interview. Bismillahirrohmanirrohim, ketuk pintu, selamat pagi, bagi borang, dan duduk. Ada dua orang panel, sorang perempuan dan sorang lagi lelaki. Antara soalan yang dia tanya, mula-mula dia suruh perkenalkan diri, next dia tanya buat apa sekarang, aku jawablah duduk rumah online hari-hari. HAHAHA. tak lah, aku cakap lah duduk rumah dan tunggu masa nak sambung belajar. Pastu dia kata result spm aku baik dan tak dapat ke sambung belajar mana-mana. Aku jawab dengan jujurlah yang aku dapat tawaran uitm for the second intake kos bisnes. Dia tanya dapat form 6 tak, dan knp tak pergi bla bla bla. Dan satu soalan yang agak sentap. Awak tak rasa membazir ke waktu awak duduk rumah? fuhhh! Aku jawab lah aku ada belajar menjahit kat rumah dan belajar sampingan lain-lain.

Next dia tanya apa yang aku tahu pasal cancer servix, soalan ni paling melalut aku jawab. Dia tanya nama suntikan tu dan aku tak tahu jawapan dia. sesungguhnya iklan dekat tv tu sebenarnya sangatlah penting. Dia tanya kos yang aku dapat ni memerlukan lebih tenaga dan kebanyakannya kaum adam, macam mana nak kendalikan saingan dalam menjalankan tugas. Aku jawab jantina tu bukanlah persoalannya, yang penting usaha kita. Dan mungkin itu antara cabaran semasa menjalankan tugas. Contohnya, tugas dalam ambulance, kebanyakannya lelaki ditugaskan, so kalau aku sendiri ditugaskan, tu lah cabaran yang harus di tempuh. keyh. Next dia tanya macam mana cara untuk aku pastikan kenderaan ambulance itu selamat digunakan? yang ni pun melalut juga. haha malas cerita. Yang paling penting dia confirm tanya tugas. Tugas tu alhamdulillah, aku boleh jawab.

Okay, tu je rasanya soalan yang aku dapat kongsikan. 

Soalan lain semua basic-basic. dan lebih kurang 10 minit jugak lah aku dalam bilik temu duga tu. Semua debaran dan pun aku luahkan dalam bilik temu duga tu. Yang penting sekarang DOA+TAWAKKAL. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat bukan rezeki aku. Aku dah pun beri yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Result keluar 21.11.2011. Doakan aku berjaya. amin, InsyaAllah.

Ampun maaf entry ni panjang berjela, terima kasih sudi baca.
'Saya doakan farida amira binti zaharudin lulus temu duga ini dengan berjaya. amin'

Dah habis baca, boleh CLICK SINI :)
Much Love Fyda Deon.

October 16, 2011

pwiiinnnceeessss elyana ♥

Assalamualaikum :))

Memandangkan hari ni satu idea pun tak datang. Setelah aku puas mencari idea, belek punya belek gambar lama, terjumpa gambar si comel puteri. Tak silap aku time tu umur dia 2 tahun. Terasa pulak nak share gambar ni dengan korang semua. Nak tengok tak? hihihi xD

Hi nama saya puteri atau nak awesome lagi princess pun okayy. #kelasskauputeri xD
Muka saya nampak innocent tak macam kakak saya? sebab ada orang kata muka kakak saya innocent. hikhik. saya pun tak tahu lah apa yang innocent sangat. :P

*maaf kemerapuan melanda*

Oh ya! Next tuesday will be my big day evaaaahhh. Interview SPA. Wish me luck. Doakan aku berjaya. Yes you can FYDA ! FYDA DEON HOT TO GO! XOXO

Hello kembali bersama saya lagi. Oh ya! time ni rambut saya pendek lagi. Sekarang rambut saya dah panjang. Apa dia? Nak tengok rambut sekarang? Ha, datang lah rumah xD

pfffttt! maaf dialog mengada puteri yang aku reka. fuhh! kalau dia punya own dialog lagi lah mengada tahuu. Puteri punya habit, dia suka menyanyi, kalau time makan tu suara dia sorang je yang dengar. Lagi satu dia suka buat lirik sendiri. Misai abah pun jadi lirik lagu. hehee. lawak..lawak.. XD

Kalau suka boleh LIKE ! Nanti puteri bagi autograph ehh :P
 aiiiyeebiiiuuu / i love you 
Much Love Fyda Deon.

October 15, 2011

Berdua Bersatu by FORTEEN

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share pasal group yang yang diberi nama 'forteen'. Group yang pupular dengan lagunya yang bertajuk 'berdua bersatu'. Mula2 dengar lagu ni macam best je kan. then tengok lah siapa yang nyanyi. ohh rupanya diorang nyanyi berkumpulan. macam awesome je kan. Sebelum tu, hensem pun not bad. hihi.


Jom ramai-ramai support FORTEEN.
LIKE their fanpage for more info
http://www.facebook.com/pages/Forteen/158987270829685



kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu



ENJOY! 


Oh ya! sebelum keluar, click sini dulu :)

Much Love Fyda Deon.

October 14, 2011

♥ Love, Fyda ♥

Assalamualaikum 

Updated dalam keadaan mengantuk *yawwnn :O

Ha, korang mesti pernah bercinta kan? Cinta tu apa eh? hehee. Aku pun pernah bercinta juga. Tapi tu dulu lah, sekarang hmm nanti dulu lah.



Korang penah tengok cerita "Love, Nora" tak? alaa yang dekat astro ria tu. mesti pernah kan. cerita ni dah lama lagi pun. Aku pun dah tengok lama, tapi saje nak share dekat korang sebab cerita ni boleh membuatkan aku duduk depan tv stay tak bangun-bangun sampai lah cerita ni habis. hihi. Dan pelakon roul tu hensem dan aku suka yana dan yasmin berlakon. Cerita ni juga bukan sekadar cerita cinta, dia ada lawak, sedih, happy, romantic dan sebagainya.

Bila tengok cerita ni teringat cinta di US. hahahha! xD eh tak lah, teringat kawan-kawan di US, apa lah khabar diorang kan. lama dah tak balik Malaysia. hihi. dan teringat jugak dekat kawan-kawan di hartamas. rindu semuanya.

Apa-apa pun, aku sarankan kalau korang belum tengok telemovie love, nora ni dipersilakanlah tengok sebab cerita ni takde episode dan dan memang best lah. okay!

Oh ya! title entry saja mengada. hihi xD

Much Love Fyda Deon.

Putus di Twitter

Hi, Assalamualaikum.

Log in je facebook, aku dikejutkan dengan video ni. hihi.
Lawak lah dia punya lirik. Heyy, macam-macam lah korang ni.

Ha, enjoy lah korang ;D


.Putus di Twitter.


suka video ni? like tau :)


Much Love Fyda Deon.

a really quiet place on the internet

.Assalamualaikum.

Pernah tak korang terfikir yang aku ni ada tumblr? hihihi. Yes, i have one. Tumblr ni tempat aku cuci mata, tempat aku mencari inspirasi, tempat aku mencari kata-kata semangat dan sebagainya lah. I love reblog. Kalau dalam blogspot ni tak boleh nak reblog sebab blogspot ni lebih kepada orang yang suka menulis. Kalau tumblr lebih kepada gambar dan video.

SOALAN CEPUMAS !!!

Pernah tak korang terfikir untuk berada di tempat yang sunyi dalam internet?
Kalau tak sempat nak fikir atau pun tak pernah terfikir, Ha jom terjah tempat ni.

untuk terjah, sila click link dibawah. Jangan takut, just relax.

ENJOY! xD


OH ya! Dukacitanya di maklumkan bahawa gambar yang aku pertaruhkan untuk photo competition by annas easkey tu disqualified sebab gambar kurang emosinya. hihi. Takpe lah. All the best untuk semua yang join. Jom like sampai lebam click sini annas easkey photography. Macam-macam emotion korang boleh tengok. Comment2 yang panas pun ada. hikhik xD

Much Love Fyda Deon.

October 12, 2011

#11 Wordless Wednesday


The Cat | Girls Day Out [GAMBAR]

Assalamualaikum. Yoboseyooo *alahai termasuk korean pulak dah.

Semalam i busy tak online satu hari, you all perasan tak. eww eww. mengada lah fyda ni xD

Here Single Ladies
faten alia, diyana, ruby, fyda, hafizah


Semalam adalah hari yang sangat awesome, fun dan adventure sekali. hihi. Mid Valley with ruby, diyone, faten and hafizah. Keluar rumah dalam pukul 10, naik bas sama ruby sampai ke train taman wahyu. biasa lah naik bas, memang kalau jalan kaki dah sampai dah pun atau lebih detail lambat lahh. So sampai train dalam pukul 11. Sorry faten alia sebab tunggu kitorang lama. hehe. Train kami ke Mid Valley. Okay sebenarnya kena tukar train dekat KL Sentral tapi we tak tukar pun. Sebab tak perasan atau pun terlepas. So terlajak sampai ke pantai dalam. amboii. Dari pantai dalam ambik train ke Mid Valley. So we tukar train dekat KL Sentral. Belajar dari kesilapan kan.

Sampai sana perut dah mula buat konsert, so tempat yang dituju foodcourt lah. Aku makan asam laksa. Tak sedap okay dan mahal. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki. hehee. After makan, ingat nak main Galactic Laser, tapi macam tak berbaloi je main dalam 10minit macam tu. So we tukar plan, tengok movie lah jawabnya.

Deepavali coming soon. Creative kan :)

For the first time aku tengok korean movie dekat cinema. selalunya tgok dalam lappy download sana sini. Tajuk dia "The Cat". Cerita hantu. Seram okayyy. Jerit-jerit aku dalam panggung. Tutup lah muka guna dua-dua tangan, then tengok dari celah-celah jari. hihii. Dalam panggung tu semua kaum cina dan we lima orang je melayu, bayangkan lah. diorang buat panggung tu macam diorang punya. Ada yang belum apa-apa lagi, effect suara diorang je lebih. Lepas ramai2 jerit, ramai2 gelakk. boleh pulakk. Tapi dalam panggung tu mmg fun lah dengan karenah masing2. xD

Perjalanan balik sangat lah advanture, sebab ramai orang dalam train dan dalam bas. Malas nak cerita panjang. memang penat tapi fun xD

Enjoy the pictures :)







Okay sila LIKE untuk menyukainya. XD

Much Love Fyda Deon.

October 10, 2011

091011 - Tarikh Cantik Bulan pun Cantik :)

Assalamualaikum semua.

Semalam 091011 tarik awesome dan pretty sangat. Untung siapa yang sambut birthday, wedding, anniversery dll. #Untunglaaa. Dan untung juga, kalau declare apa-apa semalam kan. Tapi sayang, tiada apa yang aku nak declare semalam. Tiada sebarang rombongan merisik datang rumah aku semalam. *OHkecewaaaOHtidaaak HAHA! *LawakHAMBAAR.

Tapi apa yang sangat awesome ialah fenomena bulan yang luar biasa malam tadi. Tapi ada juga segelintir pihak yang mengatakan bahawa ini adalah fenomena biasa dilihat. Ramai sangat yang update status di facebook dan twitter pasal fenomena ini malam tadi. Aku dapat tahu pun, bila mama panggil keluar rumah dan suruh pandang ke atas. Fuhh! Naik bulu roma aku bila tengok bulan sebegitu rupa. Subhanallah! Sungguh indah kurniaanMu ya tuhan. rasa macam nak bentang tilam dekat depan rumah, sambil menikmati fenomena bulan yang aku tak pernah pun tengok sebelum ni. Subhanallah :')

'Halo Bulan' fenomena biasa: Pakar (sumber - Berita Harian Online )


Halo Bulan
Halo Bulan
KUALA LUMPUR: Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu. 

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.
"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak.
"Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais. 

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya. 

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo". 
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi. 

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi. - BERNAMA 

091011-tarikh cantik bulan pun cantik :)

Much Love Fyda Deon.

October 7, 2011

Count Down | 12 more days

Hi Assalamualaikum. Apa khabar semua? sihat? alhamdulillah :)

Actually, aku pun tak tahu apa pun aku update entry ni. Idea kosong tapi sambil-sambil aku type sambil-sambil tu lah aku memikirkan idea. Oh ya! lately ramai betul yang search pasal isu rafidah ibrahim tak pakai tudung tu. Mana aku tahu? Ha! dekat popular post tu boleh tengok sendiri kan. 

AND AND i am getting ready for the interview. Seram sejuk. Aku bukannya tak pernah pergi interview, pernah la masa sekolah rendah dulu. Interview calon pengawas sekolah. Time standard 6. Setahun je aku merasa jadi pengawas. muehehee. Time tu pun aku gugup jugak. Bayangkan jarak antara cikgu dengan aku kemain jauh. Then cikgu suruh baca ikrar. Fuhh nasib baik aku ingat. Semangat habiss. Then boleh kira selalu jugak la aku baca ikrar time dulu2. kelasss kau fydaa! xD

Kalau interview kali ni mungkin jauh lebih berbeza dari interview 6 tahun lepas. Interview untuk menjadi pelajar diploma in medical assistant. Interview yang bakal menentukan arah tuju masa depan aku. Fuhh! berat memang berat. Sekarang ni aku selalu luangkan masa depan cermin, supaya lebih yakin dan tak gemuruh time interview tu nanti. insyaAllah everything berjalan dengan lancar. amin :)


Subhanallah, aku suka kan video ni :')

Much Love Fyda Deon.

October 6, 2011

pengalaman aku berblogging bersama nuffnang :)

Hi Assalamualaikum semua.


Nuffnang, nama yang tidak asing lagi dalam dunia blogger. Ya! berblogging sambil menabung ataupun pendapatan sampingan. Bagi aku perkataan 'menabung' tu sesuai buat masa ni. Kalau nak menjamin pendapatan sampingan tu, insyaAllah kalau murah rezeki aku.

Pasti terpegun bila tengok bloggers dapat earning nuffnang sampai 1K, 5K, 10K, dan ada yang dekat 30 000. Pehh! bayangkan lah, hanya dengan berblogging, korang boleh dapat jumlah wang sebanyak tu. Tapi, tidak semudah tu. Percayalah, tidak semudah itu untuk naikkan blog dan untuk dapat RM sebanyak tu. Oh ya, sebelum tu, entry ni khas untuk yang tertanya2 pasal nuffnang, terutamanya ha awak lah tu :)

Aku mula masuk ke dunia blog ni pada 23.12.2008 . Kalau dikira-kira dah dekat 2 tahun lebih usia blog fyda deon ni. Tapi sayang aku tak pernah sambut ulang tahun blog. InsyaAllah tahun ni akan disambut dengan meriah. wahh! terasa comel disitu. Perjalanan blog aku dari tahun 2008, 2009, sehingga ke pertengahan tahun 2010 sangat lah flat, mendataaaar gitu. Aku tulis ikut kata hati, tanpa mengambil tahu kata fikiran. Tulis je macam syok sendiri gitu. Yelah zaman hingus meleleh dan tak matang lagi dalam dunia blog ni.

Sehinggalah aku bertemu dengan nuffnang, dulu pun aku sengal2 tak tahu nuffnang tu apa, macam mana nak daftar dan sebagainya lah. Bila kakak dan cousin aku dah ada nuffnang, aku pun follow the flows, suruh si cousin sign up kan. Pehh! tak sangka aku blurr time tu xD

Bermula dari situ lah, aku lebih mendekati blog, cantikkan blog, cuba untuk update hari2, cuba untuk tarik follower dan readers sehinggalah sekarang aku masih berusaha. Chaiyok! Choiyok! Oh ya. Aku berusaha bukan ke arah mencari populariti, publisiti murahan dan sebagainya. Aku berusaha untuk readers mendekati blog aku, mendekati suara tulisan aku. DAN sambil menyelam minum air, sambil2 aku tarik readers, sambil2 itu lah aku naik tarafkan hasil tabungan nuffnang aku.

Masa mula2 join nuffnang tu, memang tak pernah dapat buffered earning(BE). Bila rate blog aku mula naik baru lah dapat BE. Blog aku ni tak seGAH blog orang lain sampai beribu uniques visits sehari. Tapi aku ada lah unique visits sikit. Sikit tu harus dirahsiakan *maluuu Nak dapat BE ni pun bukan senang tau. Sesebuah blog tu haruslah ada unique visits 50 ke atas dalam masa sehari. aku dengar2 macam tu lah. BE ni macam, ads tu akan iklankan product mereka dalam blog kita dalam masa2 tertentu dan siap dapat bonus lagi. Itu kalau murah rezeki lah.

Kalau Champaigns yang biasa-biasa tu dia akan ikut jumlah click pada iklan product mereka. Aku belum pernah cash out lagi, tapi dah boleh cash out. Tak perlu terburu2 kot nak cash out sbb jumlah pun tak banyak mana.

So kepada yang nak join nuffnang Just CLICK HERE and sign up. After sign up, update your url blog and do some survey of your blog. Ha lagi satu, kalau dah join nuffnang dan dah update url blog dekat nuffnang, jangan ubah2 url blog sesukahati, nnt earning tak masuk. Kalau nak tukar url blog, tukarkan jugak dalam account nuffnang tu ye. Ada apa-apa soalan boleh lah tanya di ruang comment yang telah disediakan atau lebih mudah di facebook fanpage :)

Much Love Fyda Deon.