Hari ni bermulalah alam persekolahan bagi semua pelajar sekolah. Aku yang tak terbabit ni, terpaksa lah bangun pagi pagi untuk teman puteri ke tabikanyaa. *takpe lah, aku kan kakak yang bertanggungjawab.hehee! Time mula-mula masuk kelas tuh memang agak kekok lah kan. Aku ingat nak hantar je, then balik rumah. Tapi lain pulak yang jadi, puteri tak kasi aku balik,puteri suruh teman dia sampai balik. Aduhh! ini yang lemah ni. tapi aku ikutkan je. takpe lah first day kann. Esok no way haa puteri. Rasanya puteri sorang je 4 tahun dalam tabika tu yang lain semua 5 dan 6 tahun. Teringat pulak masa zaman aku kanak-kanak dulu. rinduu rasanya. Yang bestnya ada budak tu nama dia putera. Geng lah dgn puteri macam ni.
Pelbagai ragam aku tengok budak-budak ni. Ada yang nangis tak henti-henti sampai balik. macam kena histeria pulakk. ada yang mula-mula nangis, dah lama lama okay je. ada yang hensem,cantik dan comel. biasa lah budak budak kann. Ayah ibu semua dah suka lihat anak2 mereka ke sekolah. Semoga kanak-kanak semua menjadi seorang manusia yang berguna pada masa hadapan. Amin..
Hopefully esok puteri dah boleh biasakan diri dan tak perlu lah aku tggu dia. Habis rumah tak berkemas,kain tak berbasuh. haa apa lagii. aku kan dah jadi bibik kat rumah tu. Ikutkan aje laaa. :))
2 comments:
hahaha bibik... same lah kite :)
i like...
Post a Comment