September 14, 2011

berniaga biar beradab, jangan pula kurang adab.

Assalamualaikum.

Bila tajuk dah lama terbuku, hati ini rasa nak membuku. Bila jari dah menari, jiwa rasa nak sendiri. Bila idea dah menyanyi, mula lah blog ditambah dengan entry.

Hari ni rasa nak berfalsafah dengan kata-kata. Tapi bila puteri dengan alia sudah bersatu, masing-masing jadi tak menentu. Nak update blog lagi lah buntu, mulut aku terus tak kenal erti membisu. Suara puteri dan alia satu rumah boleh meriah, bila dua-dua dah turun bawah, aku senang hati laju lah jari ni mahu bermadah.

Bila dah dekat dengan social networking sudah tentulah terjumpa banyak tempat shopping, hati jadi membuak-buak mahu bershopping. Elok-elok duit dah banyak, mulah lah poket mahu menipis. Itu lah nasib aku bila dah hari-hari duduk rumah. Tapi bukan ini menjadi persoalan, ada sesuatu yang aku ingin persoalkan.

Bila orang sibuk berniaga, kau pun sibuk nak ikut sama. Tapi kau tahu hak-hak pengguna? Bila dah berniaga tu untung dan rugi dah jadi adatnya, bila orang membeli, kau mahu untung sahaja, tolak ansur kau dimana? Bila dah berdua, tawar menawar confirm lah ada, jangan jadi sombong lah untuk rugi hanya seringgit dua. Muka bengis bak singa, tata tertib berniaga kau mana pulak campaknya. Klinik kesihatan pun ada pesanan, senyum dan terima kasih harus diutamakan. Inikan pula di gerai kecil, yang hanya kau saja menjadi tokeynya, takkan senyuman sedikit pun mahu berkira. Aku beli barang kau bukan satu sahaja, itu tak apa lah tiada tawarannya. Bila aku datang kali kedua, nahh sudah dua aku beli, tiada tawaran tapi sikap sombong yang kau berikan? Bila berniaga biarlah berhemah, pelanggan hormat, perniagaan kau hebad. Terima kasih entah kemana, perniagaan kau lingkup padan lah muka.

Ini kah caranya orang kita berniaga? Mungkin kau seorang dalam sepuluh orang. Tapi jangan lah kau cacat kan dunia berniaga. Pesanan aku kepada semua termasuklah diri ini, masing-masing sibuk mahu berniaga, aku juga mahu ikut sama, tetapi jangan lupa adat melayu kita, sopan santun dan berbudi bahasa amalan kita, campak jauh sombong bongkak kita, jangan bila sudah terhantuk baru tergadah, perniagaan muflis, lingkup sudah.

Entry kali ni aku luahkan pengalaman aku membeli shawl di satu kedai ni. Malam raya tak silap aku. Bila raya tokey semua sanggup kasi discount. Ini discount langsung berkira, Senyuman dan terima kasih langsung tak ada. Hampehh.

Much Love Fyda Deon.
Kalau suka boleh laa like, kalau nak comment sila lah kan :)

2 comments:

kaizen said...

btol3... nk berniaga pon kne ade adab...

Mira Edora said...

hahaaa i know how you feel..