Assalamualaikum.
Sejak dua menjenjak idea tak banyak pulak nak update blog. haiisshh. orang lain berpusu-pusu nak update blog. aku pulak sunyi tanpa kata. apa pun tak boleh.
Aku suka tengok drama tapi aku tak selalu depan tv. Itu sebabnya tonton.com.my menjadi kegemaranku. Tapi kalau tonton dekat lappy, kualiti gambar dia kureng lah. Tapi kalau tengok dekat iPad kualiti gambar dia okay,tp yg menjadi masalah,buffering dia lembab sikit. itu yang kadang2 aku emosional sikit, lagi-lagi kalau tengok cerita soffiya.
Ha, bagi yang duduk rumah tu tahu lah perkembangan drama-drama melayu terbaru. macam aku ni. Tapi bagi yang dekat uni tu mungkin tak berapa tahu sbb tak tengok tv kan. Meh meh aku nak cerita sikit pasal drama terbaru yang aku rasa best. hehee.
Drama soffiya, antara drama yang aku tak boleh tinggal walau satu episod pun setakat ni. Aku ni cepat boring kalau tengok drama yang berepisod-episod. Lagi-lagi cerita indon, beratus-ratus episod. adoii entah bila nak habis pun aku tak tahu. Tapi aku rasa cerita soffiya ni best lah sebab di awal cerita dia dah buat penonton tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi seterusnya. So hopefully,pertengahan dan pengakhiran cerita pun best juga lah ye.
Next, cinta elysa. Aku tengok cerita ni pun sebab ada Johan. hehe. Hi Johan Hi Johan. Siapa yang tengok Juvana kenal lah johan ni. Ala botak laa. Tapi sekarang dah ada rambut. hooyeeehh. Johan belakon dalam cerita ni pun sebagai watak budak kampung samseng. Dia kalau belakon samseng-samseng ni memang jadi lah kan. Kalau dekat twitter, hampehh aku tweet tak nak reply. okay aku tak mengharap sangat pun. Dia sorang, nak layan beratus tweet. Memang tak lah kan.
So aku rasa aku akan tengok dua drama ni till the end. Siapa yang nak tengok aku emo-emo tengah malam boleh lah follow twitter aku. Sebab aku selalu tengok drama-drama ni dekat tonton.com.my je. Tengah-tengah malam pulak tu. So aku akan tweet lah apa yang aku tak puas hati dengan adegan dalam drama-drama n. okay.
Adios Amigos ;D
Much Love Fyda Deon.


1 comment:
sama ler kiter...tgh mengikuti 2 drama ni jugak...harap2 cerita dia happy ending..baru puas ati tgk
Post a Comment