September 27, 2011

Tutorial : Hand Made Roses :)

Assalamualaikum.
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang lah tu xD

Hari ni ter-happy semacam sebab nak post pasal tuto ni. Haiyaakk. Sebelum tutorial ni bermula, aku nak beri amaran eh bukan nasihat lah sebenarnya. Hand made roses ni sangat complecated cara nak buat dia even kalau aku ajar face to face pun belum tentu korang dapat tangkap. So jangan mudah putus asa kalau korang buat rose tetiba jadi bunga matahari pulak. okay tu dah jauh gila fyda oii.

First time aku buat hand made roses ni pun terkial-kial jugak. Bila dah dua tiga kali buat atas tunjuk ajar edoradeon, ha! baru lah jadi bunga mawar yang menjadi kegilaan ramai wanita. lagi-lagi lepas dah tengok cerita nora elena. konon suka gila bunga mawar, boipren boleh kasi hari-hari. konon-konon lah kan :P

OKAY JOM MULA ! xD

Bahan-bahan yang korang perlukan :
1. A4 paper (warna ikut citarasa sendiri)
2. Gunting
3. Pen
4. Pembaris

Okay mula-mula korang lipatkan A4 paper tadi kepada 2 bahagian.
Dan potonglah bahagian yang telah dilipat tadi.
Lipat bahagian yang telah dipotong tadi supaya menjadi segi tiga.
Gunting lebihan segi tiga tadi tu. Ha! lepas tu dapat lah sehelai kertas berbentuk segi empat tepat macam puteri pegang tu xD
Okay seterusnya,korang lipat kertas tadi tu mengikut line yang pada gambar di atas. Kalau yang dah expert tu tak payah buat line pun takpe. Bagi yang baru nak mencuba tu digalakkan lukis line tu supaya senang di kemudian hari. hehehe ;D
Lipat sampai nampak pelbagai line.
Lipat dan lipat dan lipat.
Lipat lah lagi.
Lagi dan Lagi.
Ha, sampai sini je aksi lipat melipat. Adoii payah betul lah kan. hehe. So, kertas tadi tu akan jadi seperti gambar yang terakhir tu. Banyak-kan line. Ha sebab tu lah kena lipat banyak2.

Next, kita beraksi dalam membentuk pula yaa.


Amacam? ada yang pening2 tak. hehe. Aku tak reti sangat nak bercerita bab bentuk membentuk ni. Tapi memang betul ni lah cara dia. Kalau tak faham boleh la tengok video kat bawah ni ye.







Maaf kualiti video kureng sikit. ;\
Ha! bertambah pening ke? hehe. adoii. memang ni cara paling mudah. aku pun tak tahu nak mudahkan lagi. Usaha tangga kejayaan. chaiyok! chaiyok!

So INI LAH HASILNYAAAAAAAAAAAAAAAAA !

AWESOME TAK?

Awesome tak awesome! cara nak buat hand made rose ni memang complecated gilaaa. Last year aku satu kelas buat hand made rose ni untuk di jual pada hari Pesta Ria Smk St. Mary. Aku buat dalam 100 pieces je. Takut tak laku kan. Pehh tuptup sekelip mata SOLD OUT. tak sangka pulak ramai yang meminatinya. 

So apa pulak istimewanya HAND MADE ROSES NI ?
Ha, Rose ni sangat unik dan takkan layu punya. Sangat sesuai untuk diberikan kepada kekasih hati/kawan-kawan/ayahibu. hadiah hari jadi ke, ulang tahun ke, apa-apa pun boleh. Rose ni akan sentiasa harum mewangi kalau korang spray perfume tiap-tiap hari xD

Siapa nak aku buatkan dia FREE banyak-banyak hand made rose ni?
muehehehee. xD

Rasa macam nak buat first giveaway lah.

"GIVEAWAY HAND MADE ROSES"

Agak-agak ada tak yang nak join nanti?
Apa kata korang bagi feedback sikit dekat comment tu. 
Tak pun dekat fanpage pun boleh :)

Kerjasama anda sangat lah saya hargai :)

Much Love Fyda Deon.

1 comment:

Rosalia said...

nme sy ros:) boleh buatkn stu. sweet sgt tgk