Assalamualaikum semua.
Semalam 091011 tarik awesome dan pretty sangat. Untung siapa yang sambut birthday, wedding, anniversery dll. #Untunglaaa. Dan untung juga, kalau declare apa-apa semalam kan. Tapi sayang, tiada apa yang aku nak declare semalam. Tiada sebarang rombongan merisik datang rumah aku semalam. *OHkecewaaaOHtidaaak HAHA! *LawakHAMBAAR.
Tapi apa yang sangat awesome ialah fenomena bulan yang luar biasa malam tadi. Tapi ada juga segelintir pihak yang mengatakan bahawa ini adalah fenomena biasa dilihat. Ramai sangat yang update status di facebook dan twitter pasal fenomena ini malam tadi. Aku dapat tahu pun, bila mama panggil keluar rumah dan suruh pandang ke atas. Fuhh! Naik bulu roma aku bila tengok bulan sebegitu rupa. Subhanallah! Sungguh indah kurniaanMu ya tuhan. rasa macam nak bentang tilam dekat depan rumah, sambil menikmati fenomena bulan yang aku tak pernah pun tengok sebelum ni. Subhanallah :')
'Halo Bulan' fenomena biasa: Pakar (sumber - Berita Harian Online )
Halo Bulan
Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi."Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak."Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.
"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.
Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo".
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.
Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi. - BERNAMA
091011-tarikh cantik bulan pun cantik :)
Much Love Fyda Deon.
4 comments:
subhanallah ..
cantiknya bulan...:D
sy tak dapat tengok pun semalam..tak tahu pulak pasal ni..
betul2 cantik :)
Rugi tak berkesempatan nak tengok Halo bulan.. Nasib baik ada gambar dekat blog awak.. Dapat jugalah saya tengok walaupun bukan secara 'live'
Post a Comment