Assalamualaikum.
Pasti ramai yang sedia maklum, hari ni merupakan hari penting aku. Interview SPA bagi tawaran latihan Penolong Pegawai Perubatan. Oh ya! Terima Kasih kepada semua yang dah wish me luck dan kata-kata semangat untuk interview ni. hehee!
Okay meh lah nak cerita sikit pengalaman temu duga SPA ni. Oh ya! sebelum tu, mungkin ramai lagi yang samar-samar tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ni. Apa yang aku tahu lah tentang SPA ni, dia of cos kerajaan punya. Kalau yang aku pergi inteview ni, dia under kolej kerajaan dan lebih kepada bidang perubatan iaitu latihan separa perubatan. Antara kebaikan/keuntungan belajar dekat sini ialah yuran semua ditanggung kerajaan, dapat elaun setiap sem, dapat elaun sampingan macam makan, buku, hostel dan uniform. Kira macam semua ditanggung kerajaan. Yang paling penting, lepas belajar, kerja dah disediakan. Kira macam masa depan tu terjamin.
Okay jom sambung pengalaman.
Dari Kepong ke Putrajaya + traffic jam. Fuhh! 7.45am still dalam perjalanan. Nasib baik 8am sharp aku sampai, itu pun exam dah mula. Tapi ada lagi yang lambat dari aku. Buat muka tak bersalah terus jawab exam. Sebenarnya kena buat dua exam, minat dan sahsiah. Tapi ntah laa dia suruh buat yang minat je. 227 jumlah soalan dalam masa 30 minit tak silap aku. Soalan dia ya/tidak je. Berdasarkan kebolehan dan minat kita. Alhamdulillah aku boleh jawab semua.
Next, tibalah masa interview. Fuhh! tangan dah sejuk sebab nurveous tambah pulak dengan air-cond. Memang tak duduk diamlah aku. 7 orang calon je yang datang tadi. Aku rasa itu jumlah yang paling sikit dan kebanyakannya dapat kos jururawat. 5 perempuan 2 lelaki. Yang lain semua sebaya aku, cuma ada sorang kakak ni 22 tahun dan dah pun berkahwin. At least dia still nak belajar kan.
Aku orang yang ke-6 di panggil masuk ke dalm bilik interview. Bismillahirrohmanirrohim, ketuk pintu, selamat pagi, bagi borang, dan duduk. Ada dua orang panel, sorang perempuan dan sorang lagi lelaki. Antara soalan yang dia tanya, mula-mula dia suruh perkenalkan diri, next dia tanya buat apa sekarang, aku jawablah duduk rumah online hari-hari. HAHAHA. tak lah, aku cakap lah duduk rumah dan tunggu masa nak sambung belajar. Pastu dia kata result spm aku baik dan tak dapat ke sambung belajar mana-mana. Aku jawab dengan jujurlah yang aku dapat tawaran uitm for the second intake kos bisnes. Dia tanya dapat form 6 tak, dan knp tak pergi bla bla bla. Dan satu soalan yang agak sentap. Awak tak rasa membazir ke waktu awak duduk rumah? fuhhh! Aku jawab lah aku ada belajar menjahit kat rumah dan belajar sampingan lain-lain.
Next dia tanya apa yang aku tahu pasal cancer servix, soalan ni paling melalut aku jawab. Dia tanya nama suntikan tu dan aku tak tahu jawapan dia. sesungguhnya iklan dekat tv tu sebenarnya sangatlah penting. Dia tanya kos yang aku dapat ni memerlukan lebih tenaga dan kebanyakannya kaum adam, macam mana nak kendalikan saingan dalam menjalankan tugas. Aku jawab jantina tu bukanlah persoalannya, yang penting usaha kita. Dan mungkin itu antara cabaran semasa menjalankan tugas. Contohnya, tugas dalam ambulance, kebanyakannya lelaki ditugaskan, so kalau aku sendiri ditugaskan, tu lah cabaran yang harus di tempuh. keyh. Next dia tanya macam mana cara untuk aku pastikan kenderaan ambulance itu selamat digunakan? yang ni pun melalut juga. haha malas cerita. Yang paling penting dia confirm tanya tugas. Tugas tu alhamdulillah, aku boleh jawab.
Okay, tu je rasanya soalan yang aku dapat kongsikan.
Soalan lain semua basic-basic. dan lebih kurang 10 minit jugak lah aku dalam bilik temu duga tu. Semua debaran dan pun aku luahkan dalam bilik temu duga tu. Yang penting sekarang DOA+TAWAKKAL. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat bukan rezeki aku. Aku dah pun beri yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Result keluar 21.11.2011. Doakan aku berjaya. amin, InsyaAllah.
Ampun maaf entry ni panjang berjela, terima kasih sudi baca.
'Saya doakan farida amira binti zaharudin lulus temu duga ini dengan berjaya. amin'
Dah habis baca, boleh CLICK SINI :)
Much Love Fyda Deon.
6 comments:
wahh sy doakan awk lulus dan berjaya :)
gudluck!
D
goodluck fyda.. ^_^
owh bru pergi ea? sy dh dpt :D medical lab masuk tahun dpn oleh sbb2 yg tak dpt dielakkan. hope berjy:)
salam..bln 11 nt saya ade interview kt putrajaya gak utk 7 jwtn tmasuk m.a...skrg sambung degree tp x minat kos yg saya ambil..semoga rezeki saya lulus temuduga mcm awak...doakan saya =) tq share pengalaman..=)
Semoga berjaya untuk awak disana. :)
Post a Comment