December 6, 2011

Ceramah Role Model Destiny | 2 Dis 2011

 Assalamualaikum semuaa.

Yoboseyoo :)

Korang sihat? aku? kurang sihat. Cuaca dekat sini tak tentu, kadang2 hujan kadang2 panas. Tempat lain pun macam ni jugak kan. Haruslah terima dugaan ilahi. Bila kita sakit, maka gugur lah dosa. Manusia? mana lah lepas dari melakukan kesilapan kan. Tapi jangan jadi ni sebagai satu alasan untuk kita melakukan sesuatu yang buruk keyh. Cuba perbaiki diri. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya.

Okay this entry aku fokuskan lebih kepada ceramah hari tu. Tajuk diberi Role Model Destiny. Penceramah jemputan iaitu Fadzli UNIC dan juga Ustaz Nabil dari Pusat Perubatan As-syifa. Faszli UNIC tu juga salah sorang staff perubatan dekat As-Syifa tu.


Fadzli UNIC | No. 2 dari kanan awak.

Meh laa, aku nak share sikit apa yang aku dapat dari ceramah tersebut.
Okay kita munasabah diri dulu ye. Cuba tanya diri korang. Siapa aku? dan tujuan apa aku datang ke uitm ni? kalau aku uitm lah. kalau korang mungkin lain-lain tempat. Okay cuba tanya diri dulu. Korang dapat tak jawapan dia?


Okay untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu ada matlamat yang spesifik. Matlamat kita tu tak boleh kabur-kabur. Matlamat haruslah jelas. Bila dah ada matlamat, next step kita mesti lah aturkan perancangan. Kalau tiada perancangan, kita ibarat bermain bola sepak  yang tiada gol. Boleh bayangkan tak? okay boleh kan.

1. Niat. Kita perlu ada niat sebab, niat merupakan suis utama yang menghidupkan dan mematikan. Segala perubatan yang kita lakukan tu dipengaruhi oleh niat.

2. Syarat-syarat kejayaan. Kejayaan orang-orang yang hebat adalah jarang sekali secara kebetulan. Kita tengok lah macam siapa nama dia pereke facebook tu? Mack Zuckerberg tu, confirm lah dia ada perancangan yang teliti dan dah set dah goal sebelum dia buat facebook.

3. Kenali kekuatan dan kelemahan diri. Setiap manusia dilahirkan berbeza-beza. Setiap seorang pasti ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

4. Jangan lupa diri. Bila nama dah naik tu jangan lah riak ataupun sombong keyh.

5. Bertindak. Jangan dah ada perancangan tapi just biarkan je. Takkan lah pulak perancangan tu nak jalan sendiri kan. ada pulak kaki -.-" Yakin dan senantiasalah berfikiran positif. Konsisten tu penting. Ingat :)

6. Doa dan tawakal. Bila nak tawakkal tu ada syarat. Syarat dia adalah kita perlu lah usaha dulu. baru lah boleh tawakkal. Kalau tak usaha, macam mana nak tawakkal kan. Bila usaha besar, hasilnya confirm lah setimpal dengan usaha kita. Jangan bina banyak alasan keyh.

7. Elak rasa rendah diri. Elak lah rasa macam, "eh dia tu pandai,cantik, boleh laa. aku ni apa lah sangat" Jangan macam tu keyh. Dan jangan lah pulak meninggi diri. Tu riak lah pulak.

8. Cari seorang idola dalam bidang yang diceburi. Supaya senang kita jadikan contoh dan kita boleh tiru cara dia ke arah kejayaan. yeaaayyy ! xD

Waaa, banyaknya aku berleter. hehe. Tapi apa apa pun ini lah sedikit kesimpulan yang dapat aku share dengan korang. Sambil-sambil aku ingatkan korang semua, aku juga turut ingatkan diri sendiri. Semua manusia sama. Terpulang pada diri sendiri untuk corakkan kehidupan kita. InsyaAllah.

YeeeaaaaaaaY ! xD

USAHA|TAKWA|MULIA
UiTM DIHATIKU :')

Much Love Fyda Deon.

1 comment:

ANA D said...

comelnye..dah folow..follow me back k