December 30, 2011

Riverside Janda Baik :))

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum semua.
May The Mercy of Allah be with You :)

18,19,20 disember 2011 sekali lagi melakar memori daun pisang dalam diari hidup aku. Sekretariat Mahasiswa Fakulti atau lebih dikenali dengan panggilan seki dimana seki ni duduknya di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Macam mana aku boleh join seki?? aku ni mmg jenis yang suka buat kerja dengan orang. Maksudnya macam serve society laa. Aku sukakan tanggungjawab sebab dia macam jadikan aku lebih berdisiplin walaupun kadang2 tu masa sangat mencemburui aku.

Pada mulanya aku tak tahu sekretariat tu apa? mula2 sangat blur. Mula2 pzu yang ajak aku join, lepas tu dah last2 minit baru aku betul2 nak join. Time temu duga dia pun, pzu dah pergi temu duga dulu. Aku,mim dgn farah kira macam bidan terjun laa. kitorang tiga orang je pakai seluar, yang lain semua berbaju kurung. hehee. Selesai temuduga, esoknya result keluar, aku,pzu,mim dgn farah kira lulus laa untuk jd sekretariat. yeaaayy! 6 disember 2011 Dari situ lah mulanya aku bertemu dengan sebuah keluarga besar yang baru..

Okay aku sebenarnya dah lari tajuk sikit ni. Tp takpe still ada kena mengena.

Actually aku nak cerita saat pahit manis ku telan jua di Riverside Janda Baik. hehee



18,19,20 disember 2011 i've went to Riverside Janda Baik. This is camping actually. Keputusan aku buat untuk ke camping ni pun last minit. Sebab banyak pengaruh suruh pergi. heheee. Alhamdulillah dengan bayaran RM30 banyak pengalaman yang aku dapat. 


18 hb hari jumaat bertolak ke janda baik dalam pukul 3 petang, selepas semua habis class. Muka excited je semuaa, termasuk lah aku. hehe.. Dalam bas aku duduk bahagian belakang. Biasalah kalau dah duduk belakang tu, nak tidur sangat mustahil, lagi2 bersama jejaka2 yang suka berkaroke. Muka serious hati jiwang wa cakap lu. hikhik! Tapi yang tak tahannya dalam bas ada sesi soal jawab dari abg amar dgn syafiq. nama siapa? asal mana? sekolah mana? boifren siapa? <-- soalan tak tahan. Aku okay je, jawab je lah kan. Yang bertanya tu pun ditanya soalan yang sama. takde sape dapat lari. hehe.

Sebelum masuk janda baik, singgah dekat genting sempah, solat+makan dulu. Untung lah mcd ada kat sana. semua turun pergi mcd. Tp aku tak lah. Tak merasa nak makan mcd time tu. Sesampai je janda baik, semua pasang khemah. Siap pasang khemah hujan membasahi bumi sehingga ke malam. Biasa lah hujung tahun kan musim hujan. Malam tu kitorang tak dapat buat campfire sbb hujan, so postpone dulu. Malam tu lepas dinner, kitorang main breakclap and main no. Dan aku lah juaranya 2 kali berturut2 bersama sorang lg seki. hikhik :P Bila dah tengah malam semua boring, so we decide nak night walk. So jalan lah, tengok pemandangan yang serba kegelapan. Yang bestnya, dalam kesunyian, we boleh dgar ombak rindu malam tu. takk, air terjun yang mengalir sebenarnya. hehee..

Bila hari dah hujan, khemah pun banjir. 5 orang dalam 1 khemah, aku,mim dgn mai decide nak tidur surau, pzu dgn farah tidur khemah. Okay seriously sejuk sangat. Bangun pagi menggigil..

19 disember 2011, esoknya, pagi-pagi semua dah siap-siap nak ke jungle tracking. Kita akan menuju ke air terjun. Jalan punya lah jalan, berapa jam pun aku tak ingat, sampai lah di air terjun yang semua impikan. Mula2 niat dihati just nak main-main air je. Tapi kamisah dah terjun dulu, aku apa lagi menyusul laa. Kalau tak mandi, rugi pulak kan. hehee. Air terjun sangat sejukk. elok-elok aku dah kering, ada je tangan gatal nak simbah air..

Semua seronok mandi kesejukan siap dapat jumpa orang jepun lagi, diorang pun jungle tracking skali rupanya. Perjalanan pulang dari air terjun jalan sangat berlecak, aku tak jatuh, pzu dgn farah laa the champion, Siap boleh slide-slide. Yang lelaki boleh siap gelak-gelak dan abg amar pun champion slide jugak. Semua dah bermandikan lumpur. Aku dah geli geliman sebab takutkan pacat. Seumur hidup aku, aku tak pernah kena gigit pacat dan tak nak kena pun. ewww geli lah! Kasut baru, habis berlumpur, takpe lah tak kisah pun. Yang penting we having fun. yeaaayy!


Petang tu pulak ingat nak main sukaneka tp hujan. Lepas hujan tu semua pakat nak main air. So semua turun laa mandi air yang sangat deras. Semua pakat duduk tepi je. Guess what! aku pun ikut mandi. hehe. yang lelaki siap main pelampung dibawa arus. untung laa~

Malam tu lah ktorang buat bbq. Malam tu lah antara malam yang paling sweet. hehe. Aku lah antara orang kuat yang sumbang tenaga nak berbbq tau. eceeehhh! Sambil bbq sambil layan lagu jiwang, untung lah ramai suka karoke. hehe.. Lepas bbq, kitorang buat campfire. Time campfire tu lah ramai yang kena tanya mcm aku dalam bas. Tapi ada setengah yang dah kena dalam bas, setengah lagi kena malam tu. Ada yang cerita pasal family, pasal life diorang. Siap touching dan aku pun tersentuh. Abg amar lah siap mengeluarkan air mata. Lelaki susah nak keluarkan air mata, dan aku bangga dengan dia. :D

20 disember 2011. Pagi-pagi dah bangun sebab pagi tu ada aktiviti OPKIM. Operasi Khidmat Masyarakarat. Ktorang dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke rumah OKU, satu lagi ke masjid. Dan aku ikut group ke masjid. Alhamdulillah semua sumbang tenaga bersihkan kawasan masjid. Selesai kerja, semua dok pakat makan rambutan belakang masjid. Rambutan budak sekolah, maniisss..

Selesai OPKIM, semua excited nak balik khemah, tukar baju nak mandi air yang deras tu lg. Dah tengahari time tu tp semua tak nak makan lg. Semua pakat nak makan lepas mandi sbb lepas mandi confirm semua lapar kan. hehee. Okay kali ni ada aktiviti air pulak. Dalam keadaan air yang deras tu pun sempat lagi nak main katak. Mcm mana tu? Mcm ni eh. Satu ekor katak, jatuh dalam longkang, ong, dua ekor katak dua ekor katak, jatuh dalam longkang jatuh dalam longkang, ong ong....Tengah-tengah main tu sambil pegang tangan. Tapi sorang2 dibawa arus. semua dah menggelabah. mula-mula sorang dua, okay lagi, bila keadaan dah tak terkawal dan aku, mai dgn ain pulak dibawa arus. This is serious. Kitorang paling jauh dibawa arus. Time tu lah baru hero-hero menggelabah. hahaha! Serious lawak. Time tu lah baru nak selamatkan. apa pun tak bolehh. Keadaan terkawal akhirnya, kami dapat diselamatkan. Paling lawak semua dah takut nak ke tengah, duduk tepi, muka insaf je. Aku dah trauma tp rasa nak ketengah je lagi. degil! hehee.

Petang tu dalam pukul 4.30 ktorang gerak balik Jengka. Gerak pukul 4.30 sampai jengka pukul 11 malam. tak lama pulak perjalanan. Pakcik bas tu ikut jalan dalam. Mula-mula berhenti dekat genting sempah, then berhenti solat magrib, pastu berhenti makan malam. pun boleehhh.Yang tak nak turun dari bas lah sengsara kena tunggu kitorang habis makan. hehee.

Ini lah antara pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Pengalaman dengan sebuah keluarga besar yang baru. Dengan ini Farida Amira ingin mengucapkan jutaan terima kasih dekat Family besar MPP dan juga Sekretariat. I am happy working with youuuuoolllsss xD

TERIMA KASIH SUDI BACA KISAH SAYA :)

p/s: Gambar akan di uploud ke entry yang baru. Yeaayyy! xD
Much Love Fyda Deon.

1 comment:

radzi said...

lamaa gila tak baca entry kau panjang2 mcm ni :D