March 3, 2012

Hari lahir aku.

03032012 Tepat 11.20pm mood blogging sampai. Entah kenapa hari ni baru ada mood. 
Mungkin kerana hari ni hari bermakna. Ya! sangat bermakna. 


Walau tidak semeriah mana, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah mengizikan aku merasai oksigen selama 19 tahun ini. Aku berterima kasih dekat manusia yang bergelar 'mama' kerana telah lahirkan aku ke dunia ini. Selama 19 tahun, kehidupan aku penuh warna warni seperti kehidupan kau juga. Warna cerah warna gelap semuanya ada. Dan akan datang mungkin juga ada. 


Apa yang aku harapkan semoga kehidupan aku yang akan datang dan yang akan datang akan dipermudahkan. Semoga aku diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Semoga aku dijauhkan dari kekusutan dunia. Semoga aku sabar menempuh hari-hari yang penuh dugaan dan ujian dari yang maha Esa. Semoga aku dipermudahkan dalam pencarian kebahagiaan yang entah kemana tersorok. Yang paling penting, semoga kehidupan aku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah Taala. InsyaAllah..amin..


Thank You. Terima Kasih kepada keluarga, saudara mara, kawan lama dan baru, kawan rapat dan kurang rapat, kawan jauh dan dekat dan kawan facebook, twitter dan blog diatas segala macam ucapan serta doa dan terima kasih kerana telah memenuhi ruang wall facebook fyda deon. Tak larat rasanya nak balas 'thanks' dekat semua. 'Like' je yang mampu. Maaf, saya manusia biasa.


Cukup untuk kali ini. Sekian. :)
Much Love Fyda Deon.

1 comment:

ikhlaszainal said...

birthday kak Fyda sama date dengan birhday cikgu tuisyen kita :) Birthday kita pon sama bulan dengan kak fyda :)