September 24, 2012

Luahan Hati jauh dari bumi Alor Setar.

Dalam kedinginan hujan di bumi alor setar, terbit satu rasa, jauh dalam lubuk hati. Hati tertanya cuba meluah sesuatu yang tak pasti. Terdengar kegirangan teman sebilik bercerita mengenai jodoh. Jodoh masa depan. Aku masih belum berani memikirkan sejauh itu.

Tapi jujur, aku perlukan dia. Tapi tidak tau apa sebaliknya. Aku bahagia melihat teman baik bahagia. Bahagia bersama teman barunya. Doa aku dalam hati semoga kau disatukan hingga ke jannah. InsyaAllah..

Tapi kadang hati kecil menangis. Jari laju mencari nombor telefon mama. Dengar suara mama, air mata keluar deras melulu. Ingin cerita isi hati, hati menahan kata tidak. Aku turut kata hati. Kata-kata mama aku pegang jadi pengubat rindu.

Hari-hari fikir benda sama. Doa ke arah yang sama. Cuba tetap pendirian. Jika tahu erti cinta, jangan pernah berharap balasan cinta. Jangan sombong ego kerana cinta.

No comments: