February 15, 2013

3/2013

Amarah.
Kadang aku lupa aku cepat marah
Cepat melontarkan kata tanpa arah
Hati mahu tegur tapi salah cara
Kadang ego sendiri menguasai minda

Ubah.
Kadang aku mahu ubah cara aku
bukan tidak mahu jadi diri sendiri
tapi mahu ubah diri mencari redha ilahi

Ya Allah,
jauhilah aku dari bisikan syaitan
bisikan yang mampu menjatuhkan banyak hati
bisikan yang mampu membuat aku hilang kawalan
melontar kata sesuka hati
tanpa meneliti hati ke hati

Wanita dikata seindah perhiasan dunia
pabila keluar suara haruslah berwaspada
berkatalah yang baik sahaja
jika tidak mampu, diamkan saja
tutup mulut tanpa bicara
bukankah itu lebih berharga

inshaAllah..if Allah wills

No comments: