Bismillah. Alhamdulillah.
Dua hari cuti, dua hari berbuka di luar. Spend time dengan roomate sebelum cuti raya. Hari jumaat dapat berbuka di Di Dapur Ibuku. Makan my fav bawal steam ever. Heee. Hari sabtu pulak beli makanan dekat bazar pekan rabu then jalan kaki sikit ke dataran depan masjid zahir dan berbuka bersila disitu. Sana ramai orang, siap ada yang buat usrah sementara tunggu waktu berbuka. Sambil sambil tengok matahari terbenam dan dapat juga kurma free. Heee..
So, starting my week praktikal di OPD klinik bandar alor setar with smile on my face. Alhamdulillah, staff semua okay. Staff nurse semua sporting, tak kisah pun kalau panggil kakak. Selagi kita hormat orang selagi tu orang akan selesa dengan kita. Praktikal di OPD untuk sem 5 ni more to aktiviti promosi kesihatan. Tapi disebabkan sekarang ni bulan puasa, aktiviti pun kurang lah.
So kami di OPD ditugaskan untuk buat BSSK iaitu borang saringan status kesihatan. So kami mencari klien yang sedia memberi kerjasama untuk buat BSSK ni. BSSK ada 4 jenis iaitu, warga emas, dewasa lelaki, dewasa wanita dan remaja. Tugas selama 4 hari ni more kepada promosi tapi still ada buat pemeriksaan rutin macam ecg, bp, fbs/rbs, bmi dan lain-lain.
Haaa, dalam buku cross banyak yang nak kena ambik cross, tapi entah sempat ke tidak. Nak siapkan kes study lagi sebelum balik cuti raya ni. Semoga dipermudahkan. Amin..
Much Love, fyda.
No comments:
Post a Comment