Tanah runtuh Hulu Langat: Mangsa beri ibu tudung kali terakhir bertemu2011/05/23
AWIE gagal selamatkan adiknya bersedih ketika menunggu di Rumah Mayat HKL.
“Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya.
Ibunya, Intan Anisah Alang, 40, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Kajang, berkata dimaklumkan kejadian itu oleh anak saudaranya sekitar jam 5 petang.
“Saya tergamam dan seluruh tubuh rasa kaku... tidak bermaya, namun saya kuatkan hati untuk bergegas ke tempat kejadian kerana ingin tahu nasib kedua-dua anak.
“Bila tiba di sana saya dimaklumkan Awie terselamat, namun Riezman terperangkap dalam runtuhan dan berdoa dia selamat, tetapi harapan saya hampir hilang apabila Awie menceritakan apa yang berlaku kepada Riezman,” katanya yang ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Intan yang kali terakhir bertemu Riezman pada Aidilfitri tahun lalu, berkata mayat Riezman dibawa keluar dari runtuhan jam 4.35 pagi semalam.
Paling menyedihkan Intan, anak kesayangannya itu juga sempat membelikannya tudung pada pertemuan kali terakhir mereka sebelum dia kembali menyambung pengajian Tahfiz di Madrasah Al-Taqwa.
Selain adiknya, seorang lagi yang terkorban adalah sepupu Awie dan Riezman, Mohd Kamarul Amizan Johari, 11, yang turut tinggal di madrasah itu sejak tiga tahun lalu.
Kamarul, anak ketiga daripada lima beradik adalah mangsa terakhir yang dikeluarkan dari lokasi kejadian jam 5.05 pagi semalam.
Bapa Kamarul, Johari Awang, 40, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata beliau hampir pengsan apabila dimaklumkan kejadian itu.
.................................................................................................................................................................
Tanah runtuh Hulu Langat: Tujuh satu liang
2011/05/23
Lebih 500 sembahyang jenazahKUALA LUMPUR: Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di masjid berkenaan.
Semua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.
Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.
Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat.
Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.
SITI Nur Ain Safri, tidak dapat menahan sedih ketika mendengar cerita dari adiknya, Mohd Alauddin Safri, mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, bertemu ketika ditempatkan di Hospital Ampang, selepas 11 tahun berpisah. - Foto Zulfadhli Zulkifli
sumber : http://www.bharian.com.my/
p/s : sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa yang telah terkorban dalam kejadian tanah runtuh hulu langat. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...amin.
Much Love Fyda Deon :')



