August 1, 2011

Salam Ramadan :)

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK
ku mengharapkan ramadan kali ini lebih makna
agar dapatku tempuhi dengan sempurna
:)
Much Love Fyda Deon :)

#My family - requsted by kaizen

Asslamualaikum semua :)

Mohon maaf dari saya sebab #cabaran 30 hari tergendala buat seketika disebabkan oleh kesihatan yang tak menentu. Tapi sekarang alhamdulillah kesihatan saya semakin pulih :)

Okay tajuk hari ni best sebab nak cerita pasal family :)

Syukur alhamdulillah aku dikurniakan sebuah keluarga yang tidak berapa kecil dan tak berapa besar. Keluargaku diketuai oleh Zaharudin bin suhud atau lebih famous dgn panggilan abah. Seterusnya, abah dipertemu jodoh dgn Rohana binti Salim atau lebih popular dgn panggilan mama. Abah dgn mama kahwin muda time abah umur 26 dan mama umur 21. Bila mama umur 22 Allah murahkan rezeki mama dan abah dengan mengurniakan seorang putera yg diberi nama Mohd Farhan atau lebih dikenali sebagai abang. Setelah abang mencecah umur 3 tahun lahirlah pula seorang puteri yang diberi nama Mira Edora atau lebih dikenali dengan panggilan akak. Dua tahun selepas itu lahir seorang lagi puteri yang diberi nama Farida Amira atau lebih mesra dengan panggilan Adik yang lekat smpai sekarang walaupun dah besar panjang. 7 tahun mama rehat membesarkan kami, abang,akak,dan adik. Setelah 7 tahun, rezeki keluarga lahirlah seorang puteri yang diberi nama Edriana alia yg juga dikenali sebagai alia. 7 tahun mama rehat lagi dan setelah itu lahirlah puteri terakhir sebagai penutup keluarga kami yang diberi nama Puteri Elyana atau lebih dikenali sebagai puteri. Begitu lah serba sedikit pada awal ceritanya.

Kami adik-beradik dibesarkan dalam sebuah keluarga yg serba serdahana. Kami adik-beradik dibesarkan dalam persekitaran yg serba serdahana. Rumah pertama kami sekeluarga adalah rumah setinggan terletak di jalan kucing. Rumah lama dulu bersebelahan dgn sungai. Bila hujan lebat je mesti air sungai naik dan overload sampai lah banjir. Bila hujan mesti kena sediakan baldi sebab bumbung bocor. Aku dah rasa dah mandi banjir. kau ada? hehe. itulah pengalaman. Rumah setinggan dulu best sebab semangat kejiranan tu ada, biasa lah keadaan mcm kampung. seronok je. tinggal rumah tak berkunci okay je, takde pencuri nak masuk dan tak payah nak pasang grill bagai.

Okay setelah aku berumur 12 tahun. Kami sekeluarga pindah ke ppr taman intan baiduri sebab kerajaan nak hapuskan semua setiggan di kawasan lembah klang ni. Rumah dah tinggi takde lagi banjir. tak payah nak tadah besen bila hujan. syukur alhamdulillah. murah rezeki kami sekeluarga. Tiggal di flat 17 tingkat ni biasa lah kena naik lift. E-12-4 nombor rumah aku. Blok E tingkat 12 pintu nombor 4. Rumah aku hujung sekali so pemandangan dari atas sangat cantik. Aku tinggal di flat tak lama, sampai aku form 3.

Awal form 4 aku pindah taman intan baiduri, rumah double storey, rumah dimana tempat aku berteduh sekarang ni. Dimana environment study lebih sihat. Rumah ni dekat je dgn rumah lama aku. dah nama pun sama kan. tak sampai 5 minit dah pun sampai. Sekolah pun depan rumah je. SMK St. Mary sekolah aku time aku form 4 dan form 5. Senang jalan kaki je pergi sekolah. tp aku bukannya jalan kaki, abah tetap hantar walaupun dekat. hehe. Alhamdulillah rezeki Allah mencurah curah. Syukur Alhamdulillah. :)

Dan sekarang abah berumur 49 tahun,mama 43 tahun, abang 22 tahun, akak 20 tahun, aku 18 tahun, alia 11 tahun dan puteri 4 tahun. besar dah aku. Berbagai-bagai pancaroba dugaan kehidupan dah aku tempuhi. Kemiskinan, kesusahan, kebahagiaan, kesenangan, semua aku dah tempuhi. Aku hanya mampu tersenyum dan bersyukur kehadrat ilahi diatas segala ujian dan anugerah yang telah dikurniakan kepada keluargaku. Redho Mu tetapku cari. insyaAllah. Kepada kawan-kawan semua, jangan cepat mengeluh diatas semua ketentuan ilahi. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita semua di dunia dan juga di akhirat kelak. Mudah-mudahan :)

Much Love Fyda Deon :)

July 25, 2011

kurang stabil, sorry :'(

Assalamualaikum :)

Hi korang, sorry sebab #cabaran 30 hari terdapat sedikit gangguan sejak 2 3 hari ni disebabkan oleh masalah kesihatan aku yg kurang stabil. So tak dapat lah aku nak update untuk sesiapa yg dah request tu. Tp jgn risau after everythings dah okay semua, and aku dah sihat, insyaAllah, aku akan update blog ni untuk korang dan teruskan dengan #cabarn 30 hari tu. okay. bye :')

Much Love Fyda Deon .

July 20, 2011

#Cabaran 30 Hari :)


Assalamualaikum semua. :)

Hi, kalau korang perasan nama blog ni telah ditukar dari 'semerah cinta fydaa' ke 'fyda deon' ? perasan tak? perasan tak? sebab? saja nak ubah mood. tp jgn risau, merah tetap dihati yaww!

Korang semua mesti sedia maklum, blog ni sunyi je sejak dua menjak ni kan. Ye lah aku malas nak update. So bagi mengelakkan blog ni terus sunyi sepi tanpa berita, aku telah pun buat 'cabaran 30 hari'. Blogger semua mesti familiar kan dgn benda ni. kan? kan? okay jum lah buat kalau korang mau :)

So, cabaran-cabarannya adalah :

1. Fyda the gediks - requested by soleha rosli
2. Me love porn - requested by iman lim
3. Me luv my aunty - requested by aunt yaya
4. My family - requsted by kaizen
5. Betol budak baik lagi comel - requested by rabiatul adawiya
6. The most hard-hurt-sad day - requested by apul
7. Budak international baccalaureate - requested by naqib
8. Aku masa sekolah rendah dulu - requested by ainul hazim
9. Siapa cinta hati fyda deon? - requested by uncle hafeez
10. Kenapa fyda masih single? - requested by nurfaten alia
11. Zul iskandar my best friend forever.
12. 15 interesting facts about myself.
13.
The meaning behind my Blogger name.
14. Short term goals for this month.
15. A picture of me and my family.
16. My nicknames; why do i have them.
17. What you would find in my bag.
18. A picture of me, last year and now, how have me changed since then?
19.
Another picture of myself (baby pic!)
20.
How i found out about Blogger and why i made one?
21. My idea of the perfect first date.
22. My dream wedding.
23. How important i think education is?
24. A photograph of myself today.
25. What am i doing before i sleep?
26. Why i love kids?
27. Kad raya zaman berzaman.
28. The way i dress up.
29. how's my piano lesson?
30. Why are you doing this 30 day challenge?

Setakat ni baru 7 orang request title ni. Semua dari facebook fyda deon. aku announce kat sana. siapa lagi nak famous? bloggers?followers?readers? you all boleh laa request title di ruang comment yang telah tersedia dejak dahulu kala :P Oh ya kepada bloggers yg nak request, silalah follow dulu. aiiyyeebiiuuu XD

p/s: cabaran 30 hari tetap akan diteruskan walaupun request tak seramai mana. pandai-pandai aku laa nak buat entry apa. Nantikan! Cabaran ini akan dimulakan pada esok hari :)
Bagi semua entry yg termasuk dalam cabaran 30 hari ini akan deletakkan hashtag '#' pada setiap title. So senang nak bezakan, yang mana satu cabaran 30 hari dan yg mana satu entry aku sendiri. Okay, selamat membaca dan meng-request.

Much Love Fyda Deon :)