September 5, 2011

Final Destination 5 !

Hi! Assalamualaikum semua :)


Nicholas D'Agosto - ptttt dia aku punya ;D



Nah santapan trailer final destination 5 untuk korang XD


Tadi mama invite atok, nenek, pakcik, makcik yg terdekat datang lunch dekat rumah. Alang-alang atok dari kg, so sampai KL terus lunch. mudah kan. Meriah sungguh rumah. After lunch pari-pari decide nak pergi tengok final destination 5 dekat cinema yg paling dekat. So we decide pergi jusco kepong senang lah. So, we went to jusco kepong dalam pukul 2.05. about 2.25 sampai dah, 2.35 movie start. fuhh! lucky we dapat tempat yang okay dalam cinema. takde lah kena dongak sangatkan. 


Under 18 tak dibenarkan masuk. yess aku dah 18 tau. cuma wani je belum 18 tapi pandai-pandai lah buat-buat 18. nasib dia tak check i/c. aku pun lupa bawa i/c tadi. hehe.








So how's final destination 5 ? For me lah, siapa yang dah tengok from first series lagi kalau tak tengok kali ke 5 ni tak complete lah rasanya. Aku tak ingat sangat aku tengok dari first series ke tak. Tapi yang aku tahu aku follow cerita ni dari dulu. Okay secara jujurnya, final destination 5 was AWESOME. haha! aku bagi 4/5 bintang. 1 bintang tak cukup sebab, i'm not satisfied with the last scene dalam cerita ni. Dia nak matikan watak akhir2 dalam cerita ni cepat sangat. Awalnya ada pulak cerita, bila akhir tupp macam tu je mati. alahaii. Tapi apa-apa pun aku cakap betul, korang pergi lah tengok ye. hikhik XD


Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat menjerit dalam cinema XD

Much Love Fyda Deon .

September 4, 2011

AIDILFITRI 2011 [part 2]

Assalamualaikum :)

jum sambung cerita raya part 1 kepada part 2.
Siapa belum baca part 1 sila lah baca dulu di sini =)

Eh Parit Raja, Muar, Johor tu rumah siapa pulak? Haa itu rumah atok, tapi atok duduk kL. Rumah kg tu skali skala je berpenghuni. Mesti ada jiran yang pelik. heh asal raya je pasti meriah sakan rumah ni. Hari biasa sunyi sepi pulaa. haissshh.

Gerak dari KL dalam pukul 5.30 petang raya pertama, sampai Muar dalm pukul 8.30. 3 jam perjalanan itu pun ada berhenti rehat. Family aku yang sampai dulu, so kami lah yang kena buka pintu. abah minta kunci rumah dekat jiran sebelah. Aku juga lah teman abah buka pintu rumah tu. gelap gulita lagii. seramm. Bila dah lama tak balik kg pasti satu rumah berhabuk. First skali kena buat, gotong royong bersihkan rumah. Mama, kak mira dgn abah pasang langsir baru kat depan, aku tolong angkat beg masuk bilik sudahh. Mama suruh tolong pasang langsir, tapi aku malas, sebab aku dah penat jahit langsir tu. hikhik :P

EH NI BARU INTRO, PANJANG BEBENO :D
okay jum sambung

Raya kedua semua pakat 4 kereta pergi raya rumah saudara mara. After zohor terus gerak konvoi dari satu rumah ke satu rumah. 5 buah rumah kami beraya, hikhik. seronok XD

 Dalam kereta pun okay ;D

 Cousin - Zulaikha & Zuhairah

Ini antara gambar-gambar yan aku rasa aku nak uploud. Ada banyak lagi sebenarnya. hehe. Penat tak penat beraya 5 buat rumah ni. haiiyakkk balik balik semua kepenatan+kegembiraan sebab budak2 banyak dapat duit raya. Aku pun dapat jugaa XD

Malam-malam semua nak perang bunga api+mercun. Tahun ni ada mercun das je dengan bunga api. Mercun bola ada tapi abah sorang je main. Budak2 tak boleh main, takut terkena tangan :)

Ini lah sedikit sebanyak kisah raya kedua aku sefamily besar.

Much Love Fyda Deon.
Tak mau comment? like pun okay =)

September 2, 2011

AIDILFITRI 2011 [part 1]

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua :)

Apa khabar raya korang? hehe. Pasti meriah kann. #Ehsamalah.

sebelum tu
SELAMAT HARI RAYA !


Pagi raya seperti biasa lah mama kejut subuh dan terus bersiap nak sembahyang raya. Specialnya tahun ni aku bangun awal. Tahun lepas bangun lambat sikit sebab penat di malam raya. Tahun ni aku sefamily menganyam ketupat. hikhik. Aku tak pandai sangat, cuba dah banyak kali tapi satu je jadi. hehe. okay lah tu daripada tak tahu langsung.




Every year setiap kali pagi raya mesti mama sediakan makanan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Rendang dan nasi impit mesti wajib buat. Tahun ni mama rajin buat lodeh. Pergi lah beraya ke mana pun, rendang mama tetap no satu! :)



After solat raya, aku sefamily terus gerak rumah atok di flat intan baiduri, singgah kejap je. Then terus gerak puchong,raya rumah family belah abah. Aku ada dua nenek belah abah. Tapi terlupa nak ambik gambar rumah nenek lagi satu :) *okay sebenarnya aku panggil nenek aku atok. belah mama dengan belah abah. dah terbiasa. unik kan :)






Dah habis raya tu, terus gerak rumah atok di flat intan baiduri tu balik. Aku lebih rapat dengan family belah mama sebab rumah dekat-dekat je. Jom tengok gambar lagi :)




 Ini lah keluarga besar mama. Mama sangat special sebab ada kembar. Tapi kembar mama beraya rumah ayah mertuanya di bukit gambir. tak dapat nak tangkap gambar bersama-sama.


My awesome family <3

Keluarga andak.

Keluarga Uda.


Keluarga Kak Yaya.

 Cucu perempuan atok. Tak lupa juga farah, najwa and izzuani :)

Semuanya :)

Cucu-cucu atok. Tak lupa juga farah,najwa,izzuani dan najmi :)

SATU DUA TIGA. CANDID ! XD


Ini lah sedikit kisah raya pertama aku. Petang raya tu rombongan balik muar semuanya :D
Kalau suka boleh lah like. Jom kongsi raya pertama korang di ruang komen.
Nanti kita Sambung part 2 pulak ya :)


Much Love Fyda Deon.

BUDAK PALING HENSEM DALAM FACEBOOK

Assalamualaikum.Waalaikumsalam.
Okay jangan gelak tau XD

Aku check nuffnang hari ni. tengok keywords ada orang search 'budak paling hensom dalam facebook'. Haiyakk! nak kata aku ada boipren, eh belum ada lagi rasanya. Nak kata aku ada buat entry pasal 'budak paling hensem dalam facebook', eh entah laa, tak de kott. hehe.Heyy macam-macam kan. Layan aje lahh ;D

p/s: alahai kecewa tak dapat buat wordless wednesday hari rabu lepas :(
Much Love fyda Deon.