February 14, 2015

5/2015

Lately ni aku selalu sangat overthinking.
Mungkin sebab mindset aku kata nak balik. Tapi aku tetap kat alor setar ni. Errr. Kenapa laaa aku tak balik je hari khamis haritu. Biar la kejap pun..

Semua benda tak menjadi. Nasib baik ada HSR. Bolehlah busykan diri ni sikit. Even aku terlalu bosan duduk dalam bilik. Farida kan. Memang tak suka duduk diam. Dia lagi suka jalan makan angin..

Tapi minggu ni kawan-kawan ajak keluar semua aku tolak. Bagi alasan nak buat HSR. Hari ni pun ada yang ajak keluar. Dari malam tadi aku fikir alasan. Tah. Mungkin HSR lagi. Selagi HSR tu belum siap. Selagi tu la alasan tu sahih dan kuat. Kan..

Jujur memang aku nak keluar. Tapi bukan dengan kawan-kawan. Biarlah aku tak keluar pun. Kalau hari ni aku keluar pun. Berbekalkan laptop la. Cari tempat tenang sikit untuk siapkan HSR yang tak siap siap bagi memenuhi alasan diri sendiri..

Sebenarnya ini semua angan angan. Baca boleh, tapi jangan percaya. Hikkss..

Taip bagai nak rak pagi buta. Last last petang juga aku upload..

February 2, 2015

3/2015

Sometimes, silence is the best solution ever. I'm tough. I'm okay. :)

February 1, 2015

2/2015

First february and first update.

1225am

Buat research typing lain fikiran ke lain melayang layang. Pagi tadi okay je kuat je chill je boleh je redha. Malam ni lain jadinya, lembik dan lemah aku pun tak faham. Mood swing agaknya. Wanita biasalah.

So hati decide off laptop, off lampu apa semua. Tutup kepala dengan bantal biar yang tak kuat tu simpan dalam mimpi. Sempat lagi update. Harharr. Biar esok bangun, aku kembali redha..

Kuat fydaa kuaaat. Takleh camni.
Chill chill husnuzon. GoodNight :)

December 24, 2014

Flood..

Assalamualaikum.

Ada lagi beberapa hari je lagi nak end 2014.
Hmm azam 2014 dah tercapai ke? Wishlist dah dapat ke?
Jujur, aku tak tekankan sangat pada azam dan wishlist untuk 2014. Rugi kan? 
Kalau tak, sekarang dah boleh belek, mana yang sudah tercapai dan mana yang tidak.

So, inshaAllah untuk tahun 2015 yang akan datang ni tak nak rugi dah.
Nak rewrite azam dan wishlist. Azam tu sebenarnya lebih penting sebab dia macam achievement diri kita. Wishlist tu lebih kepada kehendak, so macam ke arah pembaziran pun ada. Tapi tak salah kalau skali skala kita nak hadiahkan diri kita something. Macam reward lepas dapat result tinggi dalam exam lepas. hihi Alhamdulillah. :)

Sekarang ni, bila terdengar berita pasal banjir di pantai timur, hmm teringat masa zaman sekolah rendah dulu, zaman duduk rumah setinggan dulu. Tiap tiap kali hujan mesti kena tadah baldi dalam rumah, sebab zink rumah bocor. Penuh satu baldi, tukar baldi lain. Rumah sebelah sungai. Bila hujan lebat, subhanallah, air sungai tu dah tinggi, pernah sampai melimpah. Air sungai tu dah macam teh ais warna dia. Bayangkanlah. Jujur, aku syukur sebab pernah rasa hidup susah dulu dulu. Sekarang, nikmat syukur tu masih rasa. Alhamdulillah.. Buat sahabat di pantai timur, berdoalah apabila diduga dan bersyukurlah apabila mendengar berita gembira. Semoga tabah semuanya..


Allahumma soyyiban naafi'a
"Ya Allah,turunkanlah hujan yang bermanfaat." -HR Bukhari

Sayang selalu, fyda.