October 11, 2015

PPW Putrajaya.

Alhamdulillah tanggal 5 Oktober 2015, bermulalah tugas aku sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya.

So macam tak aci la kalau tak update dah dapat kerja kan sebab sejak interview belajar lagi aku ada update. Alhamudulillah tak dapat hkl, dan ralat sikit pun ada sebab hkl lagi dekat dengan rumah. Huhuu..

Tapi takpelah, rezeki masing-masing. Jangan cemburu, iri hati atau ada hasad dengki. So sekarang dah jadi orang putrajaya. First day dah nangis. Haha biasa la, walaupun putrajaya je punn, still jauh dengan mama abah. Dah lumrah macam ni, nak buat macam mana kan. Tapi sekarang alhamdulillah dah okay sikit..

K lah nnt update lagi. Huhuu

July 5, 2015

Habis Diploma dengan jayanya.

Pergolakan dunia kian terungkai.
Ringgit Malaysia jatuh bersepai.
Minyak naik terkitai-kitai.
Kemiskinan jelas tersadai.
Penganggur terkapai-kapai.

Hmm since cuti ni, duit poket takut nak usik. Takut papp!! bertukar jadi air. Hahh gerunlah. I've got another august, september and october before dipanggil berkhidmat untuk negara. (baca: working). No! Tak nak work sekarang. Nak cuti panjang lagi. I'm not ready yett 😩😩😩

Haha! Sekarang penulisan blog sangat slow berbanding tumblr. Tumblr ni lain, dia macam simple. Nak mengeskpresikan anything pun senang. K sila jangan stalk kat sana sebab i feel secure than blogger. Haha tapi nak tengok apa salahnya. Banyak nasihat dari kata kosong sebab iollss suka rebloged je. Hihi malass

So now, activity harian adalah menanam anggur dibelakang rumah (baca: menganggur). Nope sekarang actually menjadi suri rumah sepenuh masa dan membuka online shop separuh masa. Hai follow lah @theparipari pasti terpikat sebab murah gila okay, affordable. Memasak dan mengemas adalah aktiviti wajib harian. Time ni la nak cuba masak itu masak ini, tingkatkan skill la katakan sementara belum menjadi isteri orang ni. Kang tak la laki complain pulak bini dia tak pandai masak. Hihi. Mama banyak bagi tips dan buku resepi 365 hari pun banyak membantu. Tak semestinya iollss tak pos gambar makanan iollss, tak bermakna iollss tak masak okay. Cuma tak suka nak tunjuk je. Huhuu

Tulis panjang-panjang bukan korang rajin nak baca pun. Klah jangan lupa follow @theparipari keyh nanti i bagi special price. Hewwheww 😘😘😘

March 30, 2015

Bulan Klinik.

Hai Assalamualaikum.
Lama tak menaip panjang.
Tipu..

Posting ketiga yang membosankan, sebab sorang sorang and forever alone. Klinik Kesihatan Langgar lah kan. Klinik tu best sebab semua sporting. Wifi pun tersedia. Takyah renew data pun takpe bulan ni. Haha jahatt! But please aku bukan dengan fon 24/7 keyh..

Duduk bilik MA, tengok case. Bila pt datang ramai ramai, aku jadi jeng kreng kejap. Hmm ubat apa nak bagi. c/o apa nak tulis ehh. Errr. Macam tadi, anak dia dua orang sakit. Dua dua masuk skali. Sekali satu family masuk bilik tu. Grrr! Jeng terus time tu. Pastu tadi pt ramai. Lagi sakit kepala rasa nak pitam. Tu baru sikit fydaa. Banyak lagi ujian akan datang.. Sabar itu indah. -_-

Next week klinik 1 malaysia kat UTC pulak. GST pulak dah start. Simpan je lah niat nak berbelanja. Simpan duit buat kawin. Ehh tak. Buat masa depan. Yisss!

Sekarang ni blog ni selalu ditinggal tinggalkan. Sebab, kalau nak membebel je aku akan ke sini. Haha padan muka, lain kali tak yah stalk. :P *perasanjefydani*

Klah. Night!

March 20, 2015

Awak datang tanpa berita,
Tahu tahu sebab orang kata,
Bila orang tanya apa-apa,
Saya langsung diam tanpa kata,
Ligat otak fikir cari alasannya.
Yang tiada apa apa laju ajak jumpa,
Yang kita bertahun sudah langsung tak kata apa.
Betul la orang kata, manisnya bercinta pada awalnya sahaja,
Bila dah bosan dia lupa sentiasa.
Bertanya sudah, ambil tahu pun sudah,
Apa yang aku dapat tipu semata.
Tipu saya, tidaklah mengapa.
Tapi jangan menipu diri yang merana.
Air mata pengganti jawapannya.