Berdirinya aku disini,
Mencintai dia yang menyayangi,
Melepaskan dia yang pergi,
dengan cinta Dia yang selalu ada dihati.
Menyedari,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran,
Hidup ini tidak lain tidak bukan,
hanyalah sebuah ujian.
Berjalan keluar dari zon selesa selama ini,
Menuju ke zon selesa yang aku harapkan selepas ini.
Berbekalkan doa yang selalu dihati.
Aku cuba memberi ruang,
Untuk diri ini dikasihi dan dimiliki,
Aku izinkan diri aku dicintai,
Dan berharap untuk tidak disakiti,
Kau yang datang tanpa aku sedari,
Membuka sedikit ruang untuk dikasihi,
Bersedia berpimpin tangan membawa aku,
berjalan dalam satu jalan yang tuhan Redhai.
Harapan aku,
Supaya engkau menjadi suami,
yang akan mendidik aku,
membawa aku,
dan memimpin tangan ku,
ke Syurga yang hakiki.
Hidup ini tidak semudah yang kita sangka,
dan tidak secantik yang kita bayangkan.
Biarlah hubungan ini wujud atas redha illahi.
Bercintalah kita kerana Dia,
Dia yang lebih dekat dari urat leher kita sendiri.
InshaAllah bakal dianugerahi kita,
dengan hidup yang bahagia,
di dunia dan di akhirat sana.
Aameen ya rabbal, 'alamin..
InshaAllah bakal dianugerahi kita,
dengan hidup yang bahagia,
di dunia dan di akhirat sana.
Aameen ya rabbal, 'alamin..
-F.A 19/8/18 13:16







