March 5, 2011

happy sweet eighteen :))

Assalamualaikum, hai everyone, this is me, i'm glad to be me and i'm proud to be myself. Oh ya! March 3rd 2011 just past and i'm now eighteen. lapanbelas. yesss!

Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah panjangkan usiaku. Semoga hidayah dan petunjukMu sentiasa bersamaku. Semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan sentiasa sabar dan tabah menjalani kehidupan di dunia ini. amin .

okay, i wanna thanks to all of you yang dah wish my birthday dan yang dah doakan kesejahteraan aku, especially to my family, mama, abah, abang, kakak, adik, sepupu sepapat, pakcik makcik, atok dan nenek. kepada teman-teman yang rapat dan yang jauh, you know who you are right. Oh ya tak lupa jugak kepada semua facebooker yang telah memenuhkan notification aku dengan ucapan yang cukup bermakna. i love you ollllssss * huggsss :))))

BIG BIRTHDAY CARD EVER :)

from mama and abah :)


Special video from my lovely sister edoradeon

hadiah dari dian :) thanks dian, i love that skirt, small card and that keychain too. okay i love keychain >>

koleksi keychain saya,edoradeon,alia,mama dan abah :)

February 23, 2011

Anda Lulus Terima Kasih :)


Assalamualaikum, heyyy bloggers :))) *mood tersangat happy. korang sihat? aku sihat,alhamdulillah. Sila teliti dialog ni.

Puteri: abang nak pegi mane?
Najmi: abang nak pegi kelas KAFA.
Puteri: elok elok tau.
Najmi: okay :)

*prihatin betul mereka ni.

Okay, tibatiba dah lari tajukk. Kelmarin, 21 february 2011, aku pergi test JPJ for my driving license dekat ulu langat sepertimana aku cakap dekat last posted. Sampai2 sana dalam pukul 8.30, then tggu laa sampai num dipanggil. nervous gilaa gilaa lah kann. dalam pukul 10.30 baru laa num aku dipanggil. pehhh tak nak lama pulak aku tunggu kan.

Okay,it's my turn. aku buat on the road dulu, then baru bukit and parking. Aku dapat kereta kancil by the way, takpe lah aku bukannya biasa drive viva. Alhamdulillah aku dapat JPJ perempuan, dia cool je, cantik lagii. Tak cerewet langsung. Masuk2 je kereta, aku duduk betulkan sit,check side mirror, lampu dan sebagainyaa. Okay then aku tanya dia "boleh saya mula?" then dia kata okay, padahal aku tak pakai sit belt lagii. Then aku cepat2 lah pakai. Nasib baik aku perasan. Patut laa mcm kurang je. heheee!

Dengan bacaan bismillah aku mulakan laaa. Alhamdulillah aku dapat markah 17/20 lulus. Then lepas dah sign semua aku tersengih sengih laa keluar dari kereta dan terus ke office. Then dia suruh buat bukit dgn parking pulak.

Bukit mmg confident aku agak kurang. Dua kali aku buat kot. Kali pertama dah naik bukit tu, tapi tayar tak masuk pulak. Then dia suruh undur balik. Kali kedua, alhamdulillah tayar masuk. Then aku adjust klac dgn minyak. aku tekan laa minyak sekuatnyaa. tak laa kuat sangat, heheee! Alhamdulillah, aku berjaya.

Then terus buat side parking. Slalunya side parking aku okay je, tak payah nak adjust,tapi kali ni kena adjust. nasib baik dia bagi 5 minit. tapi aku pakai 3 minit je hehee! Lepas tu terus buat 3 penjuru, yang ni senang je. heheee! tapi agak payah nak memulas stering tu. Okay anda lulus :)) yeaaahh Happy gilaa ni. Tak payah nak membasir duit mama abah nak repeat bagai.

Sesudah itu aku terus call mama untuk mengatakan aku lulus. mama excited ajee. hehee! Then abah call aku pulakk. Gembiraa ni. Tapi selagi result spm keluar, selagi tu laa hati aku tetap resah gelisah. takut sangat sangat :( Dengar cerita result keluar 23 March 2011. ada lah dalam 3 minggu lagi. Tapi aku dah buat yang terbaik. Skrg aku hanya mampu bertawakkal untuk dapat yang terbaik.

p/s : edoradeon, sila tinggalkan kereta kancil kat rumah. heheheeee!

February 20, 2011

Fun Exciting Weekend With iluvislam Team :)

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh. Hai, May the mercy of Allah be with you :)
Nampak poster atas tu? Haaaa,aku pergi event tu hari ni bertempat di UIA, Gombak bertemankan sahabat sejati aku, Rabiatul Adawiya Razali. Dia yang bawak aku ke sana. baru dapat lesenn. heheee! jauh ler langkahnyaaa. Takpe lah nak biasakan dengan jalan raya kann. Sesampai je terus cari parking. Then erkkk macam tak confident je nak masuk. sebab semua orang pakai baju kurung. aku? pakai baju biasa je. tak sexxaaay hehhh. Dgn berbekalkan keyakinan dalam diri, aku dgn betol pun melangkah masuh sambil menampilkan senyuman di bibir. cehhhh!

Antara Panel yang hadir korang boleh tengok nama mereka mereka di poster atas tu. Apa itu bebas dari belenggu? Berdasarkan pendapat penulis buku itu sendiri, bebas dari segala macam masalah. Beliau juga menganggap cinta itu adalah iman. seperti Mencintai Allah dan beriman kepadaNya. Beliau ada bagi beberapa tips untuk tangani masalah yang datang kat kita. Antaranya, bila korang dapat masalah. Tindakan pertama ialah biarkan masalah itu dulu, jangan cuba untuk selesaikannya. Then berterima kasih laa kepada Allah dan redo kerana Allah telah beri ujian kepada kita. Next berfikirlah dan tanya diri sendiri apa punca masalah tu. munasabah diri kita. dan akhir sekali cari jalan yang paling baik untuk selesaikan masalah tersebut. Jangan lah kita menyalahkan Allah atas apa sahaja yang Allah telah bagi kat kita. Malah kita harus bersyukur dan anggaplah masalah itu sebagai suatu nikmat :)

Seterusnya, panel ada menyebut tentang perasaan negative dalam diri kita. 80% negative thinking itu sendiri hidup dalam otak kiri kita tanpa kita sendiri. 20% positive thinking pula hidup dalam otak kanan kita. Cukup ke 20% untuk positive thinking?? Sangatlah tak cukup. Macam mana positive thinking nak bertambah, kalau negative thinking tidak di kurangkan?? So dalam forum tu penal ada mengetengahkan tentang negative thinking yang telah membelenggu diri manusia sendiri. Untuk, menjadi yang terbaik, negtive thinking dalam diri kita mstilah kita kikiskan dari semasa ke semasa. Kita mesti ada inisiatif sendiri untuk jadi yang lebih baik. Berhijrah laa ke arah yang lebih baik. dan cuba untuk jadi yang terbaik.

Nahhh, yang paling menarik, solat lima waktu. Anggaplah solat sebagai masa kita dating dengan Allah. Korang dating 3,4 minit ke? takk kan. mustahil laaa. kalau boleh 24 jam korang dating kann. heheee! Oleh itu, solatlah dengan khusyuk, fahami apa yang dibaca dan tak payah laa nak cepat-cepat. nak kejar apa?? Doa pulak, mestilah faham apa yang kita doa. Berbuih mulut berdoa tapi tak faham apa yang kita doa. Seribu kali sayang laa..

Ini laa antara isi yang dikupas dalam forum fewwit, banyak lagi sebenarnya tapi takkan aku nak type semuanya. Pengisian event ni banyak bantu aku. Bertambah ilmu di dada. insyaAllah. okay laa, aku tulis panjang2 ni bukan nak kata aku ni dah cukup bagus, sambil mengingatkan orang sambil sambil lah aku mengingatkan diri sendiri :)

Hopefully ada lah lagi event yang banyak pengisian ilmu macam ni. Allah mencipta manusia sebaik baik kejadian. Demi masa, Manusia sentiasa dalam kerugian. "Kunfayakun" Jika Allah kata JADI, maka JADILAH ia.

Much Love Fyda Deon

February 16, 2011

Kesedihan kadang kala membawa seribu makna

Hidup ini mungkin terlalu indah untuk di tafsirkan.
Tapi kadang kala ia pahit untuk di katakan.
Kehadiran kau membawa seribu erti buat diriku.
Orang pernah kata kalau menyayangi seseorang, jangan lah terlalu sayang padanya
dan kalau menbenci seseorang, jangan lah terlalu benci padanya.
Kata-kata ini pada hakikatnya memang ada betulnya.
Aku sendiri tertipu dengan perasaan ku sendiri pada kau.
Mungkin kasih sayang aku pada kau tidak setanding perasaan cintaku pada Allah.
Mungkin juga kita di takdirkan bertemu dan berpisah semula.
Perpisahan ini, begitu berat untuk aku jalani, tetapi apakan daya.
Keputusan yang kau buat, aku hormati.
Aku telah cuba untuk memahami perasaan kau tetapi
mungkin aku tak terdaya untuk memahami perasaan kau seperti mana yang kau mahu. Mungkin keserasian tidak wujud dalam diri kitaa.
Aku pasrah akan apa yang berlaku.
Aku mohon kau hentikan segala apa yang kau beranggapan buruk terhadap diri ku.
Aku tidak seperti apa yang kau sangkakan.
Hati dan perasaanku belum terbuka untuk kau mahu pun sesiapa.
Aku harap kau faham perasaanku dan diriku.
Terima kasih untuk segalanya.
Jika kau masih menganggapku sebagai kawan, hubungi aku.
Kehadiran kau sebagai seorang kawan amat bererti bagi ku.
Penyesalan dan kemaafan ku mohon padamu yang bergelar lelaki.

Dari hati ke hati : Farida Amira