April 20, 2011

Jalan Jalan Di Kuala Lumpur :)


Assalamualaikum, nahh lagu ni buat santapan korang :)


lagu ni sangat sesuai dengan tajuk entry aku kali ni. enjooyyyy ;D

So dari man aku nak mula. Haaa! okay okay. Isnin...ehh selasa..semalam laa tu kan edoradeon ada appointment dgn doktor gigi dia. so abah hantar laa dia ke sana. aku dgn puteri pun ikut skali. Sementara tunggu tu puteri boleh pulak nak main iPad, aku tak bawak pun then dia suruh balik ambik then dtg balik. muehehhehe. memang tak ahh, then abah bawak pergi beli kuih2 kasi dia makan. nahhh baru senyap.

Setelah appointment selesai, abah bawak pergi istana negara. boleh laa snap snap gambar kann. time tu pulak raja kita nak keluar dari istana. so dapat laa tengok adat istiadat dia mcm mana semuaa. nnt aku tunjuk gambarnyaa. Then, abah bawak pergi butterfly park. Aku,edora dgn puteri je masuk. abah pergi lunch dulu. banyak gilaa rama-rama. aku mcm ewww ewww geli dan takut. dia macam terbang ke sana ke mari. bukan sekadar rama-rama, katak, kura-kura dan adik-beradiknya, ikan kumbang dan serangga yg lain semuanya ada. ewww! okay dah snap snap semua. then abah bawak pergi lake garden, nak puaskan hati puteri jap sambil berkelah, abah ada belikan nasi untk aku,edora dgn puteri. sungguh nyaman aku lunch tengahari tu :))

| okay jom kita tengok gambar |


okay yang ada org tunjuk2 tu aku pun tak sedar apa yg dia tengok. bertuahnya aku berada di sini :)

cantik kan? :)

hai saya puteri, mesti ramai yg dah kenal kan. biasa lah, saya femes dalam blog ni. merata je gmbar saya :))

Smooth Shell Turtle

Pig Nose Turtle

Nahhh! kira lah. ada berapa ??

Butterfly


Rama-Rama

April 17, 2011

READERS BAGI SAYA 10K ;D

Assalamualaikum semuaa ;D o0OppPssSS! teruskan membaca tau. Entry kali ni aku gembira lagii.Okay aku nak mengucapkan jutaan *cehhhh terima kasih laa kepada semua readers,bloggers dan terutamanya kepada followers tercinta sebab sudi singgah ke blog SEMERAH CINTA FYDA yang tak seberapa ni. Oh ya, ASLAM kata nama blog ni sexayyy. yeke? haha! Nama blog ni terlalu mendalam maksudnya tahuuu. bla bla bla. Yelaa walaupun entry aku tak sehebat entry bloggers lain *cehh, humble ni haha dan dan banyak yang aku merapu-rapu dalam blog ni. muahahahaha *okay suka gelak sorangsorang, whatever =,- walaupun, followers aku berapa kerat je. Tapi aku akan cuba beri luahan yg terbaik dalam blog ni. Okayy ;D So, teruskan membaca okayy.
*entry yang mengada-ngada
Much Love Fyda Deon

April 14, 2011

Pemergian Mama dan Atoks ke Mekah.


HELLO, MY NAME IS PUTERI ELYANA :)

Asslaamualaikum semua, harap-harap kita semua diberi kesihatan yang baik berterusan. amin. Actually aku dah lama nak buat entry ni, cuma masa tidak mengizinkan. Entry ni agak emo lah. Harap semua bersabar. Berbalik kepada tajuk okayy, korang msti rasa pelik apahal ejaan "atoks" mcm tu kan, siap ada 's' lagi, haha. sbnarnya, kedua dua atok dan nenek aku panggil atok, haha sbb tu laa. Mama dgn atoks telah pun berangkat ke mekah pada 12 April yang lalu. Flight pukul 12.30 tgahari, tp of cos kena smpai KLIA 3 jam lebih awal kan. So lepas solat subuh berjemaah di surau, semua terus berangkat ke KLIA.


Terasa sebak sekali dada ini, aku okay lagi, puteri laa kesian, dia mana pernah berenggang dengan mama lama lama. kalau nak tidur msti dia raba2 kaki mama *budak kecikkan ada angin diaa. Time mama dah nak berangkat tu puteri tak lah nangis sangat, cuma perlahan-lahan dia menunjukkan kesedihan dia tu. Alia pulak mula-mula tak nangis pun. bila mama dah nak berangkat dia pulak yang nangis paling teruk siap peluk mama dan nak ikut mama. Aku msti lah nangis, sedih kann. Aku pun mana pernah berenggang dgn mama lama lama.


Apa yang aku harapkan, semoga Allah mempermudahkan kami di sini dan mereka di sana. Dah dua malam puteri tidur dgn aku. Malam semalam ok lagi, malam tadi laa, dia tanya mama, nak call mama laa, dgn nada suara yang sedih pulak tu. Terpaksalah aku pujuk dia. Siang hari pulak terpaksa lah aku layan dia main iPad, main lappy, apa saja lah dia nak. janji dia senyap. Abah pun tak kerja sbb puteri tak nak pergi rumah org yg jaga dia tu. Nasib baik abah kerja sendiri dan nasib baik laa aku masih cuti . Bisnes aku pun sedikit tergendala. Takpelah aku akan buat yg termampu. Edoradeon cepatlah balik ye, bolehlah layan puteri ni sekali.

April 11, 2011

Shopping sampai nipis poket ;D


Balik kampung naik lorry,
You ollss i'm so sorry. ;p


this one for beginners laa kot.



Hahahaaaiii, apa khabar semua. Korang mesti tertunggu2 next entry yg aku ada kata kat last posted tu kann. Nnt laa malas nak ambil gambar semuaa. Haha *ok dahh fyda oiii. Actually hari ni aku nak cerita sikit tntang ke-excited-an aku ( sesukahatiaku jee ) sejak dua tiga hari ni. Firstly, kalau korang tengok last posted aku ada mengatakan aku ingin memiliki sebuah keyboard. Alhamdulillah aku kini telah memilikinyaaa. Ehh jap, lupa diri pulakk, actually aku kongsi duit dgn edoradeon untuk beli keyboard ni, so 'KAMI' telah memilikinyaa. Hehee. Tp aku yg beria-ia sangat sebenarnya. So sekarang cikgu youtube sedang mengajar aku main lagu back to december by taylor swift. Alaaa lagu blog aku ni haaa. Best kann, tahuu dahh :)) so nnt aku dah pro sikit, aku buat laa video sikit. Hehe. * maalluuuu ;p and and kalau korang perasan my 2011 resolution yang satu lagi dah pun tercapaii. Positive thinking, ingt tu. Syukran syukran.


Cantik tak? cantik kannn *perasan, biar lah.

Seterusnyaa, haa, ni yg kecewa tapi gembira nak haba' kat hang semuaa. Aku ni kan pantang kalau ada duit kat tangan semuaa nak habiskan, tak nak shopping tiba2 jadi nak shopping pulakk. Haisshh! Duit keluar macam air.. Senang senang je dia keluar. Tapi aku gembira dan bahagia lah kan, sebab ni semua aku membazirkan untuk diri aku sendiri. Heheheee. Ok lepas ni tak shopping dahh. Yeerrr jee :/ APA YANG KAU BELI FYDAAA? Hehee! Hmm keyboard, kasut baru, baju baru, shawl rm10 yg tak best tu, < yg ni betul betul membazir, grrr! Dan dan dan jam baru. Elle lagi tau. Actually jam ni special sikit sebab, ianya present spm daripada kakyaya. Thanks i love youu. Tapi tambah duit aku sikit lahh sebab harga dia dah lebih budget kakyaya, takpe i likeeee okayyy :))))

Okay, aku ni kalau korang nak tahu, kalau aku nak sesuatu benda tu mesti aku akan usahakan untuk mendapatkannyaa. USAHA TANGGA KEJAYAAN ! Heheee. Oh ya! To DIYANA FAZLIN, HAPPY BIRTHDAY DIAAANN, I LOVE YOUUU. *sorry tak sempat nak buat special entry untuk kau. Apa apa pun ALL THE BEST TO YOU MY DEAR :)

Much Love Fyda Deon :)
*gambar on the way,