September 30, 2011

Betulkah perokok juga ada hak?

Assalamualaikum :)

Sejak dua menjak takde idea ni, aku mula lah mengais idea, dari pelbagai cara. Cara terbaik adalah dengan membaca surat khabar. Tatkala terbaca something yang aku rasa menarik dan aku rasa wajarlah aku kongsikan bersama. Dan yang paling penting, apa yang aku nak kongsi ni bukan 100% dari akhbar. Pandai aku lah nak hujah itu ini dan sekadar memberi pendapat.


Betulkah perokok juga ada hak? Berbaloikah merokok?
okay jom TERJAH ! xD

YA! HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA SEBATANG ROKOK.

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau.
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok.
  • 5 sen untuk peruncit.
  • 1 sen untuk keuntungan pemboraong/pengedar rokok.
  • 1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau.
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen.

Berbaloikah? Tepuk dada tanya selera.
dan
dan
dan

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan :
  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru.
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru.
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat.
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung.
  • 2 kali lebih risiko serangan strok.
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT.

Ya mungkin ramai yang mengatakan, "eleh dorang cakap senang lah, ingat semudah ABC ke nak berhenti merokok ni". Ye memang susah, opss aku tak berokok, ini berdasarkan pendapat mereka yang merokok lah. Tapi nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. kan? Cuba! Kalau awak cuba pasti awak boleh :')

Nah 3 Tips/Langkah mudah berhenti merokok.
  1. Selalu berpuasa. Amalan puasa sunat, bukan sahaja dapat menambahkah pahala malah ini lah cara mudah untuk mereka yang sedang cuba untuk berhenti merokok. Sekurang-kurangnya selama 13 jam anda tidak merokok.
  2. Berikan hadiah kepada diri sendiri. Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri, anda boleh tetapkan ganjaran untuk diri anda. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk kegunaan diri sendiri.
  3. Luangkan masa terluang barsama orang tersayang. Luangkan lebih masa bersama anak-anak. Dengan berada di hadapan mereka, kita dengan sendirinya mahu menunjukkan satu sikap yang baik. Secara tidak langsung, tabiat merokok dapat dihindarkan. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Amacam boleh tak berhenti ni? cubalah, baru tahu jawapannya.
Entry ni mungkin lebih kepada yang baru-baru lagi menghisap rokok.

Last but not least, Nah MILO BAGI 10K !


Oh ya! jangan lupa share entry ni untuk dijadikan rujukan bersama :)
Much Love Fyda Deon.

6 comments:

Nana said...

nice sharing fyda. sedih sbb mr jay saya merokok :(

Farida Amira said...

its okay nana, cuba nasihatkan dia kurangkan merokok. lama-lama nanti boleh stop terus :')

shafiqabdshukor said...

saya tak merokok..
hehehehe

Gadis Acoustic's said...

merokok tu mmg membahayekan kesihatan...
tp kalu kite da bg nasihat tp org tu xnk dgr lgsg nasihat...bg dorg tu hidup dorg ,tanpa rokok dorg xlew hdp...smpi sggp buang awek demi rokok...ade ke patut?

Farida Amira said...

Ishh sangat tak patutlah macam tu. Ini dah kes tinggi sampai lebihkan rokok berbanding orang yang disayangi. ;\

gamep01nt said...

Dulu aku stop rokok sebab ayah aku lempang aku. haha. nak cerita la nanti. hahahah