September 29, 2011

TIPS Secawan Kasih Sayang ;)

Assalamualaikum

Secawan kasih sayang? Pasti manis kalau di minum. ummmpphh <3

Terlihat kanan dan kiri, seperti aku perlu kemaskini kembali. Kadang kala, malas datang melanda diri, tapi perlu aku selesaikan sendiri. Siapa pula yang datang mahu menemani, diri sendiri punya hal selesaikan lah sendiri.

Tatkala aku sedang kemas itu ini, alahai terjumpa satu artikel yang menarik sekali, bila dah buka dan baca, amboi tak siaplah semua kerja, mulalah kerja tergendala, semuanya tak boleh blahh. Bila dah baca dan menelaah, mula lah idea datang mencurah-curah. Tajuk besar Kasih Sayang Tanpa sempadan, benarkah apa yang dibicarakan?

Marilah aku ceritakan sedikit bingkisan.

"Abang pun tak pernah katakan sayang apatah lagi nak sebut 'i love you'. Abang ni sebenarnya sayangkan Sayang atau tidak?" - antara dialog dalam petikan.

Setelah beberapa ketika barulah si isteri tersedar sebenarnya kasih sayang suaminya memang tiada sempadan waktu. Jika tidak mana mungkin dia mampu hidup bahagia walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Tips Secawan Kasih Sayang <3
  • Paterikan cinta dengan perkahwinan yang halal.
  • Terima pasangan seadanya sama ada dari segi kelebihan mahupun kelemahan.
  • Ajak pasangan ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Faham dan laksanakan tanggungjawab suami isteri sebaik mungkin.
  • Terima teguran dengan hati terbuka.
  • Perbaiki kekurangan diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan.
  • Utamakan kesihatan diri,pasangan dan keluarga dari semasa ke semasa.
  • Hormat dan saling menghargai pasangan.
  • Eratkan hubungan suami isteri dengan solat berjemaah.
  • Ziarahi ibu bapa dan mertua untuk bertanya khabar.
  • Berkasih sayang dengan semua peringkat umur.
  • Elakkan berhutang pada perkara yang bukan keperluan keluarga.
  • Titipkan kata-kata hikmat melalui pesanan ringkas (sms).
  • Selalu doakan kebaikan diri, pasangan dan orang islam amnya.
  • Senyumlah sebagai senjata pelembut hati.
  • Sabar menghadapai cabaran rumah tangga.
  • Pandanglah wajah pasangan ketika tidur dan kenangkan kebaikannya. Ia mampu melembutkan  hati anda.
  • Serahkan soal cinta kepada Allah SWT kerana ia datang dari Allah dan kepada-Nya ia akan dikembalikan. Sentiasalah bersyukur atas kehadiran cinta dalam hidup anda.

    Selamat menjamu secawan kasih sayang. Praktikkan demi cinta kepada pasangan dan demi mencari redho-Nya. InsyaAllah diberkati dunia akhirat.

    Petikan hadis:
    Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taa kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki" (Riwayat Abu Na'im)



    Sumber : akhabar iluvislam. join 'em HERE and HERE ;)

    Nak beli custom made shawl boleh click SINI !
    Much Love Fyda Deon.
    Kalau suka, like kan aje :)

    4 comments:

    B0B said...

    pergh! mmg UMPPHH.. tips ni :)

    Farida Amira said...

    ada feel ummmpphh kan ;D

    mohdhazlan Dreadlock said...

    bagus tips ni

    Farida Amira said...

    praktikkan bersama yang tersayang :)