October 12, 2011

The Cat | Girls Day Out [GAMBAR]

Assalamualaikum. Yoboseyooo *alahai termasuk korean pulak dah.

Semalam i busy tak online satu hari, you all perasan tak. eww eww. mengada lah fyda ni xD

Here Single Ladies
faten alia, diyana, ruby, fyda, hafizah


Semalam adalah hari yang sangat awesome, fun dan adventure sekali. hihi. Mid Valley with ruby, diyone, faten and hafizah. Keluar rumah dalam pukul 10, naik bas sama ruby sampai ke train taman wahyu. biasa lah naik bas, memang kalau jalan kaki dah sampai dah pun atau lebih detail lambat lahh. So sampai train dalam pukul 11. Sorry faten alia sebab tunggu kitorang lama. hehe. Train kami ke Mid Valley. Okay sebenarnya kena tukar train dekat KL Sentral tapi we tak tukar pun. Sebab tak perasan atau pun terlepas. So terlajak sampai ke pantai dalam. amboii. Dari pantai dalam ambik train ke Mid Valley. So we tukar train dekat KL Sentral. Belajar dari kesilapan kan.

Sampai sana perut dah mula buat konsert, so tempat yang dituju foodcourt lah. Aku makan asam laksa. Tak sedap okay dan mahal. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki. hehee. After makan, ingat nak main Galactic Laser, tapi macam tak berbaloi je main dalam 10minit macam tu. So we tukar plan, tengok movie lah jawabnya.

Deepavali coming soon. Creative kan :)

For the first time aku tengok korean movie dekat cinema. selalunya tgok dalam lappy download sana sini. Tajuk dia "The Cat". Cerita hantu. Seram okayyy. Jerit-jerit aku dalam panggung. Tutup lah muka guna dua-dua tangan, then tengok dari celah-celah jari. hihii. Dalam panggung tu semua kaum cina dan we lima orang je melayu, bayangkan lah. diorang buat panggung tu macam diorang punya. Ada yang belum apa-apa lagi, effect suara diorang je lebih. Lepas ramai2 jerit, ramai2 gelakk. boleh pulakk. Tapi dalam panggung tu mmg fun lah dengan karenah masing2. xD

Perjalanan balik sangat lah advanture, sebab ramai orang dalam train dan dalam bas. Malas nak cerita panjang. memang penat tapi fun xD

Enjoy the pictures :)







Okay sila LIKE untuk menyukainya. XD

Much Love Fyda Deon.

October 10, 2011

091011 - Tarikh Cantik Bulan pun Cantik :)

Assalamualaikum semua.

Semalam 091011 tarik awesome dan pretty sangat. Untung siapa yang sambut birthday, wedding, anniversery dll. #Untunglaaa. Dan untung juga, kalau declare apa-apa semalam kan. Tapi sayang, tiada apa yang aku nak declare semalam. Tiada sebarang rombongan merisik datang rumah aku semalam. *OHkecewaaaOHtidaaak HAHA! *LawakHAMBAAR.

Tapi apa yang sangat awesome ialah fenomena bulan yang luar biasa malam tadi. Tapi ada juga segelintir pihak yang mengatakan bahawa ini adalah fenomena biasa dilihat. Ramai sangat yang update status di facebook dan twitter pasal fenomena ini malam tadi. Aku dapat tahu pun, bila mama panggil keluar rumah dan suruh pandang ke atas. Fuhh! Naik bulu roma aku bila tengok bulan sebegitu rupa. Subhanallah! Sungguh indah kurniaanMu ya tuhan. rasa macam nak bentang tilam dekat depan rumah, sambil menikmati fenomena bulan yang aku tak pernah pun tengok sebelum ni. Subhanallah :')

'Halo Bulan' fenomena biasa: Pakar (sumber - Berita Harian Online )


Halo Bulan
Halo Bulan
KUALA LUMPUR: Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu. 

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.
"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak.
"Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais. 

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya. 

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo". 
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi. 

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi. - BERNAMA 

091011-tarikh cantik bulan pun cantik :)

Much Love Fyda Deon.

October 7, 2011

Count Down | 12 more days

Hi Assalamualaikum. Apa khabar semua? sihat? alhamdulillah :)

Actually, aku pun tak tahu apa pun aku update entry ni. Idea kosong tapi sambil-sambil aku type sambil-sambil tu lah aku memikirkan idea. Oh ya! lately ramai betul yang search pasal isu rafidah ibrahim tak pakai tudung tu. Mana aku tahu? Ha! dekat popular post tu boleh tengok sendiri kan. 

AND AND i am getting ready for the interview. Seram sejuk. Aku bukannya tak pernah pergi interview, pernah la masa sekolah rendah dulu. Interview calon pengawas sekolah. Time standard 6. Setahun je aku merasa jadi pengawas. muehehee. Time tu pun aku gugup jugak. Bayangkan jarak antara cikgu dengan aku kemain jauh. Then cikgu suruh baca ikrar. Fuhh nasib baik aku ingat. Semangat habiss. Then boleh kira selalu jugak la aku baca ikrar time dulu2. kelasss kau fydaa! xD

Kalau interview kali ni mungkin jauh lebih berbeza dari interview 6 tahun lepas. Interview untuk menjadi pelajar diploma in medical assistant. Interview yang bakal menentukan arah tuju masa depan aku. Fuhh! berat memang berat. Sekarang ni aku selalu luangkan masa depan cermin, supaya lebih yakin dan tak gemuruh time interview tu nanti. insyaAllah everything berjalan dengan lancar. amin :)


Subhanallah, aku suka kan video ni :')

Much Love Fyda Deon.

October 6, 2011

pengalaman aku berblogging bersama nuffnang :)

Hi Assalamualaikum semua.


Nuffnang, nama yang tidak asing lagi dalam dunia blogger. Ya! berblogging sambil menabung ataupun pendapatan sampingan. Bagi aku perkataan 'menabung' tu sesuai buat masa ni. Kalau nak menjamin pendapatan sampingan tu, insyaAllah kalau murah rezeki aku.

Pasti terpegun bila tengok bloggers dapat earning nuffnang sampai 1K, 5K, 10K, dan ada yang dekat 30 000. Pehh! bayangkan lah, hanya dengan berblogging, korang boleh dapat jumlah wang sebanyak tu. Tapi, tidak semudah tu. Percayalah, tidak semudah itu untuk naikkan blog dan untuk dapat RM sebanyak tu. Oh ya, sebelum tu, entry ni khas untuk yang tertanya2 pasal nuffnang, terutamanya ha awak lah tu :)

Aku mula masuk ke dunia blog ni pada 23.12.2008 . Kalau dikira-kira dah dekat 2 tahun lebih usia blog fyda deon ni. Tapi sayang aku tak pernah sambut ulang tahun blog. InsyaAllah tahun ni akan disambut dengan meriah. wahh! terasa comel disitu. Perjalanan blog aku dari tahun 2008, 2009, sehingga ke pertengahan tahun 2010 sangat lah flat, mendataaaar gitu. Aku tulis ikut kata hati, tanpa mengambil tahu kata fikiran. Tulis je macam syok sendiri gitu. Yelah zaman hingus meleleh dan tak matang lagi dalam dunia blog ni.

Sehinggalah aku bertemu dengan nuffnang, dulu pun aku sengal2 tak tahu nuffnang tu apa, macam mana nak daftar dan sebagainya lah. Bila kakak dan cousin aku dah ada nuffnang, aku pun follow the flows, suruh si cousin sign up kan. Pehh! tak sangka aku blurr time tu xD

Bermula dari situ lah, aku lebih mendekati blog, cantikkan blog, cuba untuk update hari2, cuba untuk tarik follower dan readers sehinggalah sekarang aku masih berusaha. Chaiyok! Choiyok! Oh ya. Aku berusaha bukan ke arah mencari populariti, publisiti murahan dan sebagainya. Aku berusaha untuk readers mendekati blog aku, mendekati suara tulisan aku. DAN sambil menyelam minum air, sambil2 aku tarik readers, sambil2 itu lah aku naik tarafkan hasil tabungan nuffnang aku.

Masa mula2 join nuffnang tu, memang tak pernah dapat buffered earning(BE). Bila rate blog aku mula naik baru lah dapat BE. Blog aku ni tak seGAH blog orang lain sampai beribu uniques visits sehari. Tapi aku ada lah unique visits sikit. Sikit tu harus dirahsiakan *maluuu Nak dapat BE ni pun bukan senang tau. Sesebuah blog tu haruslah ada unique visits 50 ke atas dalam masa sehari. aku dengar2 macam tu lah. BE ni macam, ads tu akan iklankan product mereka dalam blog kita dalam masa2 tertentu dan siap dapat bonus lagi. Itu kalau murah rezeki lah.

Kalau Champaigns yang biasa-biasa tu dia akan ikut jumlah click pada iklan product mereka. Aku belum pernah cash out lagi, tapi dah boleh cash out. Tak perlu terburu2 kot nak cash out sbb jumlah pun tak banyak mana.

So kepada yang nak join nuffnang Just CLICK HERE and sign up. After sign up, update your url blog and do some survey of your blog. Ha lagi satu, kalau dah join nuffnang dan dah update url blog dekat nuffnang, jangan ubah2 url blog sesukahati, nnt earning tak masuk. Kalau nak tukar url blog, tukarkan jugak dalam account nuffnang tu ye. Ada apa-apa soalan boleh lah tanya di ruang comment yang telah disediakan atau lebih mudah di facebook fanpage :)

Much Love Fyda Deon.