February 15, 2013

3/2013

Amarah.
Kadang aku lupa aku cepat marah
Cepat melontarkan kata tanpa arah
Hati mahu tegur tapi salah cara
Kadang ego sendiri menguasai minda

Ubah.
Kadang aku mahu ubah cara aku
bukan tidak mahu jadi diri sendiri
tapi mahu ubah diri mencari redha ilahi

Ya Allah,
jauhilah aku dari bisikan syaitan
bisikan yang mampu menjatuhkan banyak hati
bisikan yang mampu membuat aku hilang kawalan
melontar kata sesuka hati
tanpa meneliti hati ke hati

Wanita dikata seindah perhiasan dunia
pabila keluar suara haruslah berwaspada
berkatalah yang baik sahaja
jika tidak mampu, diamkan saja
tutup mulut tanpa bicara
bukankah itu lebih berharga

inshaAllah..if Allah wills

February 14, 2013

2/2013

"When you truly care for someone, you don't look for faults. You don't look for answers. You don't look for mistakes. Instead, you fight the mistakes. You accept the faults and you overlook excuses. The measure of love is love without measure. There are rare chances that you'll meet the person you love who loves you in return."
"So, once you have it, grab it, don't ever let go. The chance might never come your way again"
Supper. 1:19 AM 

February 13, 2013

1/2013

"Kejujuran kadangkala menyakitkan, pahit bagai kopi tanpa gula, pekat bagai hitam anak mata. Tetapi kejujuran juga adalah pokok yang membekalkan bunga cantik kembang mewangi dan buah yang manis bak sang puteri"
bersabarlah duhai hati. 

January 19, 2013

sem dua.

Hi Hello Assalamualaikum.

Haha long time no see.
Mana tak nya busy memanjang.

Now i've started my new semester.
New subject. New class. New environment. New loved.
:P

Orang kata belajar ni kat mana mana pun susah. Same here. Lagi lagi belajar medic.
Awal awal sem aku dah pening tengok subject. Ni kan lagi tambah dengan assignment yang dah beratur. haa lagi la pening. fuhh! 

Medical, 
Surgical, 
Emergency, 
Pharmacology, 
Science Community, 
Nursing science,
English in medical.

Ini baru list of subject, belum lagi tersiratnya. haihhh.
Menjadi pelajar ni kena selalu munasabah diri. Tak boleh leka dengan keindahan sekeliling.
Kadang-kadang kita kena aware dengan semua perkara.
So, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing.
Tanggungjawab terhadap diri sendiri dan tanggungjawab untuk saling mengingati sesama teman.

Apa yang aku mahukan. Perjalanan aku dalam tahun 2013 ni berjalan dengan penuh dengan warna warni kehidupan. Yang pahit tu moga menjadi pengajaran dan yang manis tu moga terus kekal selamanya. Semoga dipermudahkan segala urusan. amin ya rabbal alamin..

f.a : terus kuat hingga mencecah langit teratas.